Oleh kerana Kalau ke Semporna, tidak lengkap rasanya kalau tidak menikmati hidangan tradisional masyarakat Bajau. Oleh kerana kami sampai agak awal pagi, barangkali belum banyak masakan yang disajikan di Restoran kampungku, salah sebuah kedai makan yang menjadi kegemaran kami kalau berkunjung ke sini. Jadi, kami pun makan sahajalah apa yang ada. sepanjang perjalanan dari LD ke Semporna, dalam kepala hanya terbayang tehe-tehe, tompek dan juga putu. Sayangnya ketiga-tiganya tidak ada. Di bawah ini Amie kongsikan gambar tehe-tehe dari entri lepas. Boleh klik di sini untuk lebih lanjut: MASAKAN TRADISI BAJAU SEMPORNA
|
Ini ialah tehe-tehe, iaitu sejenis landak laut. Apabila sudah dikeluarkan isinya, dan digantikan dengan beras atau pulut, lalu dimasak maka namanya turut berubah dengan panggilan okok-okok. |
Pagi tadi, kami sempat menikmati beberapa jenis lauk seperti kahanga (siput kahanga), sagol kumai, kima, kerang dan bobohon. Kami tambah latok dan juga ikan bakar. Oleh kerana tidak ada tehe-tehe, tompek dan putu, kami makan dengan nasi. Oleh kerana perut lapar (sengaja kosongkan perut dari rumah sebab nak isi di sini), tidaklah sempat ambil gambar satu persatu. Amie ambil beberapa gambar dari entri lepas seperti kima, bohon dan juga sagol buntal. Sagol buntal ialah sejenis masakan tradisional masyarakat Bajau yang diolah daripada ikan buntal. Ikan buntal memang beracun, tetapi tukang masak pandai buang racun tersebut.
|
Kima. |
|
Bobohon. |
|
Sagol Buntal. |
Selepas makan kami jalan-jalan keliling pekan Semporna. Cuaca sangat panas. Kami singgah Semporna Ocean Tourist Centre. Firdaus nak tengok ikan. Jom kita lihat ikan keratang dalam sangkar.
Inilah ikan keratang yang Amie selalu kongsikan masakan yang kami makan dengan mee hoon sup atau mee hoon goreng. Sewaktu kecil dipanggil kerapu, sudah besar dipanggil keratang pula.
Tiba-tiba perut mula lapar semula! Tekak pula rasa haus. Maklumlah, keadaan jalan raya yang sesak di pekan kecil ini, terpaksalah letak kereta di mana sahaja yang boleh. Jadi, kenalah keluarkan tenaga sendiri untuk bergerak ke mana-mana. Kami pun singgah di sebuah restoran.
Kononnya hanya minum-minum sambil makan makanan ringan seperti popia atau kentang goreng. Ketika sedang menikmati minuman, datang pelayan restoran beritahu kami, makanan yang dipesan tidak dapat disedikan.
Kedua-dua chef kami terpaksa balik rumah. Dapat panggilan rumah terbakar.
Oh!
Boleh lihat asap kebakaran dari sini, sambung pelayan restoran.
Kasihan sungguh! Mereka menangis sewaktu berlari tinggalkan dapur tadi, katanya lagi.
Jadi, semua pelanggan yang belum menerima hidangan yang dipesan pun bangun meninggalkan meja masing-masing.
Tinggallah Amie, Encik Suami dan Firdaus di restoran tersebut menghabiskan minuman masing-masing.
Di bawah ini Amie kongsikan gambar kebakaran 20 buah rumah di Kampung Simunul, Semporna. kebakaran dikatakanb bermula dari pukul 11 pagi, dan panggilan kecemasan dibuat pada pukul 11:15 pagi. Melalui pembacaan di media sosial, katanya api berjaya dipadamkan pada pukul 1:15 petang.
Mudah-mudahan kedua-dua tukang masak restoran tadi baik-baik sahaja. Tapi tidak tahu jugalah apa nasib mereka, sebab meninggalkan dapur restoran sambil menangis. Allahu Akbar!
|
Sumber : FB |
|
Sumber : Utusan Borneo |
Sekali pandang ingatkan buah tehe-tehe tu, macam labu. Pelik pelik nama hidangan yang kak amie sebutkan. Banyak betul nama yang baru dengar.
BalasPadamLama juga tu ambik masa nak padamkan api. Semoga tak ada mangsa terkorban.
Unik betul nama menu yang Kak Amie kongsi melalui entri ini.
BalasPadamKasihannya mangsa-mangsa kebakaran tu. Ambil masa lama juga ye untuk api dipadamkan.
kima kalau penang, masakan dia lain sngt
BalasPadamkalau sy g sini lagi nak singgah jugalah...
BalasPadamAllahu kesiannya... dahlah rumah2 kat situ rapat2 dan diperbuat daripada kayu...moga tak ada kemalangan jiwa...
Kesiannya rumah terbakar tu. Bila lah ada rezeki ke sempurna. Banyak negeri dah sampai hanya sabah je yang belum. Mudahan ada rezeki boleh sampai ke sabah
BalasPadamSemua yang dinyatakan tu nampak menarik walaupun belum pernah mencubanya.. hehehe..
BalasPadam