Pages

Jumaat, 2 April 2021

GIVEAWAY RAYA BERSAMA SHIDA RADZUAN BLOG

Terima kasih Anies dan Sal sebab tag Kak Amie untuk ikut serta Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog. Ketika terbaca nama ditag dalam blog Anies mulalah memikir-mikir nak cari dua rakan bloggers untuk ditag, tiba-tiba Sal pula tag nama untuk kali kedua....ahaks! Sampai sekarang belum dapat lagi dua nama yang dicari itu! Jadi cepat-cepatlah buat homework untuk dijadikan entri ditag untuk kali ketiga pula...kihkihkihhhh! Tengoklah nanti di bawah, siapa yang akan jadi mangsa Kak Amie pula ye.

Jom meriahkan GIVEAWAY RAYA BERSAMA SHIDA RADZUAN BLOG.


Tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelang tiba. Kemudian sambut ketibaan Syawal pula. Rasanya tahun ini lebih kurang sama dengan suasana raya tahun lepas. Bukan apa, di Sabah sudah ada daerah-daerah tertentu yang diumumkan PKPD. Rentas daerah dibenarkan tetapi masih dalam zon tertentu sahaja. Dengarnya juga rentas negeri tidak dibenarkan. Nampaknya tahun ini kena kuatkan semangat seperti tahun lepas, tak dapat beraya bersama keluarga di Malaya, dan anak-anak terpaksa beraya di rumah sewa dan asrama masing-masing. 
Persediaan pakaian untuk sambut raya, memang sudah dibuat beberapa bulan lepas. Baju dan tudung raya beli online, walaupun baju raya tahun lepas belum dipakai lagi. Tapi, kuih-muih atau biskut raya memang tak  rajin buatlah. Kalau rajin buat dua jenis saja iaitu German Cookies dan Biskut Jintan.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan jayanya. Moga sebulan penuh dapat tunaikan solat terawih. 

Masih ada waktuuntuk ikut serta GIVEAWAY RAYA BERSAMA SHIDA RADZUAN BLOG. Bolehlah klik gambar di atas untuk menyertainya.

Bagi memenuhi syarat penyertaan, Amie tag Azhafizah dan Uncle Gedek. Ampun maaf dipinta kalau sudah ditag atau sudah menyertainya. Untuk suka-suka jew...hiks!

14 ulasan:

  1. Semoga berjaya...
    Sayavpun belum sempat sertai..

    BalasPadam
  2. Wahhh bagus bg sokongan moral kt kekawan blog

    BalasPadam
  3. seronok join giveaway, sambil mmeriahkan mana tahu ada rezeki menang

    BalasPadam
  4. Hehe saya ada tag Sal. Sal sudah buat ya? Nanti tengok pos dia.
    Semoga berjaya.

    BalasPadam
  5. Eh... uncle kena tag rupa nya! Hehehehe!

    BalasPadam
  6. Tahun ni nampaknya kita dah biasa beraya dengan new norma. Apapun sambutan ramadhan dan Syawal tetap kita raikan dengan meriah.

    Lahh patutnya tergerak datang sini. Kena tag di sini :)
    Semoga ada rezeki kak Amie dalam GA Shida ni. Aaminnn

    BalasPadam
  7. All the best untuk GA ini, kak.

    BalasPadam
  8. Salam Kak AMie :)
    Shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.

    Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
    ALL THE BEST!

    BalasPadam
  9. All the best kak amie...SA dah join juga....

    BalasPadam
  10. Goodluck and all the best!

    https://bilagadiskidal.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  11. hehehe terima kasih kak
    nnt nk dtg rayalah nk raya german cookies tu ;-)

    BalasPadam
  12. Senarai Pemenang dah keluar ya :)
    Boleh semak, Tahniah kepada semua peserta!

    BalasPadam