Tadi tulis entri tentang 3 anak bujang yang sudah besar. Sekarang entri tentang si bujang bongsi, si kenit Firdaus! Bulan puasa kali ini, setiap kali nak masak menu apa untuk berbuka atau bersahur, Encik Suami kata: Tanya Daus. Dia nak makan apa?
Selera kami, makan minum apa saja yang ada, baik ketika berbuka atau bersahur. Firdaus pula nampak terkulat-kulat waktu sahur. Kadang-kadang tak mahu makan langsung. Encik Suami cuba penuhi seleranya supaya keesokan harinya badannya bertenaga. Itu sebabnya Encik Suami suka tanya Firdaus sebelum tidur : Esok pagi Daus nak sahur apa?
Sekarang Firdaus ikut PDPR. Sebelah pagi sekolah agama, dan petang sekolah rendah. Banyak tugasan yang perlu disiapkan untuk dihantar kepada guru-guru mata pelajarannya.
Hari ini Firdaus ingin berbuka puasa dengan chicken chop. Pesannya lagi: Daus nak chicken chop yang crispy. Pukul 4 petang, alam sudah gelap gelita! Hujan turun mencurah-curah pula. Amie sediakan dua masakan, iaitu mee hoon sup untuk Amie dan Encik Suami. Chicken chop itu untuk Firdaus saja. Kali ini chicken chop goreng Amie temankan dengan colelslow, kentang goreng dan sos lada hitam. Oleh kerana Firdaus sukakan sos lada hitam, jadi Amie masak lebih dan boleh dipanaskan semula jika ingin digunakan.
Bahan-bahan:
- 1 kepingan bahagian peha ayam - buangkan tulang - cucuk-cucuk sedikit dengan garfu
- 1 sudu kecil bawang putih kisar
- 1 sudu kecil halia kisar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
- sebiji telur - pukul ringan
- 1 sudu besar tepung gandum
- bread crums secukupnya
- minyak
- Gaul ayam bersama bawang putih, halia, lada sulah, sos tiram, kicap dan maggi Cukup Rasa. Perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
- Kemudian salut ayam dengan tepung gandum.
- Seterusnya celupkan ke dalam telur yang sudah dipukul ringan.
- Salut seluruh ayam tadi dengan bread crumbs.
- Goreng ayam hingga kuning keemasan atau sehingga masak.
- Hidangkan bersama sos lada hitam, coleslow dan kentang goreng.
- 1 kg kobis- bilas & toskan, hiris halus dan cincang / sagat
- 1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang (kalau tidak suka warna lobak lebih menyerlah, gunakan sedikit saja)
- 1 labu bawang besar - hiris dan cincang / sagat
- 5 sudu besar yogurt asli
- 8 sudu besar mayonis
- 4 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 biji lemon- perah jusnya
Cara:
- Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
- Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk - simpan semalaman lebih baik.
KAN MAIN SELERA DAUS ALHAMDULILLAH
BalasPadamsedap nampak coleslaw tu kak amie yummss
BalasPadamChicken chop tu nampak macam hidangan restoran. Semoga Daus lebih semangat nak berpuasa. Selalu gitu lah, anak-anak yang berselera lebih bila berbuka.kita dah dewasa ni makan je apa ada.
BalasPadamSelamat berpuasa Daus...
BalasPadamKena follow selera anak anak supaya dia rasa selera nak makan. Kita yang dewasa ni tak kisah sangat. Masak simple simple pun okay dah. Siap pesan nak chicken chop crispy tu :)
BalasPadamnampak sedap ciken chop tu. terima kasih share resepi tapi nak buat sendiri tu agak malas jugak lah...
BalasPadamterima kasih sudah berbagi resep, kak Amie. Salam kenal dari Indonesia ^_^
BalasPadamkak amie punya coleslow !!! wowwwww
BalasPadamSuka coleslow selalu beli kepci memang laju je makan coleslownya. Mudah juga ya buatnya. Chicken chop daus memang menggoda sungguh ni
BalasPadamsama macam dana dan Edy, setiap hari akan tanya menu aiyan untuk berbuka... tapi setiap hari jawabnya fries dan nugget, tapi selalu dana akan masak 1 menu berat juga .. untuk sahur hidangan ringkas , aiyan dana memang akan suap baru la laju sikit makannya.
BalasPadamNampak garing chicken chop tu..
BalasPadamsedapnyaaaaa lahaiiiii... nak resepi sos lada hitam boleh?
BalasPadamBila ada anak- anak yang berpuasa memang akan masak makanan ikut selera anak kan...sebagai upah dia berpuasa...
BalasPadamsedapnya
BalasPadam