Pages

Isnin, 22 Mac 2021

Western Food di Sage Cafe + Kitchen

Pertamanya, nak ucapkan terima kasih daun keladi gajah buat anak buah yang telah belanja kami hidangan barat di Sage Cafe + Kitchen pada minggu lepas. Sebelum Encik Suami berangkat memandu ke Lahad Datu bersama Firdaus, Abang Aznan sudah buat tempahan makan di Tawau. Ketika itu Fuad ada bersama Abang Aznan. Dapatlah kami makan bersama, kecuali Fairuz di Lahad Datu (tak ikut ke Tawau) dan Abang Farid sudah sampai di KLIA.

Amie pun lupa-lupa ingat apa yang kami makan waktu itu. Hidangan sendiri saja yang tak dilupa iaitu Charbroiled Sirloin. Mulanya abang Aznan cadangkan bahagian rusuk tapi habis pula, dan tukar sajalah dengan Charbroiled Sirlion ini. Fuad pilih Sage Mix Grilled dan Encik Suami pula nak makan BBQ Lamb Shoulder. 

Charbroiled Sirloin

Lembut dagingnya!

BBQ Lamb Shoulder
Italian Lamb Shoulder


Sage Mix Grilled

Sage Mix Grilled pilihan Fuad ini ada lamb, ayam dan udang.

Chicken Bolognese Spaghetti


Aglio Olio Prawn

Fries
Hawaian Chicken Pizza

Supreme Nachos


Bab air minuman memang tak ingatlah apa yang diminum.... ahaks. Ada fragrant lime tea, blue passion one, matcha combo fruity... isshhh...issshhhh! Dah macam-macam nama minuman zaman sekarang ni! 

Jom makan.


Abang Aznan & family.

Bila tengok gambar sendiri, nampak panjanglah pulak muka, dah tak bulat macam dulu.... kah!  Apa pun rezeki jangan ditolak. Moga makin tambah rezeki Abang Aznan sekeluarga.

11 ulasan:

  1. Semua sedap2 tu...Sage tu nama salah satu english herb kan..Biru la mata hitam semua makan western tu..hihihi.Betul muka cikgu nampak panjang.Jelous...tapi nama kata nak diet memang jauh panggang dari api.Hihihi

    BalasPadam
  2. Wuaah ...pesta besar ini namanya...,banyak aneka makanan dan minuman sedap.

    Selamat berpesta 😊

    BalasPadam
  3. Wah, kita tertarik betul melihat persembahan makanannya

    BalasPadam
  4. Makan ramai-ramai bertambah rasa sedapnya. Lama tak makan western. Weekend ni nak carilah

    BalasPadam
  5. Sedapnya Kak Amie...SA mmg suka sirloin steak tu...mana- mana pun mmg pilih sirloin

    BalasPadam
  6. lamanya tak makan nachos !!! kak amie ni buat org craving heheh

    BalasPadam
  7. Minuman tu...macam sedap je bahan-bahannya.

    Muka makin panjang...makin slim la tu kan... :)

    BalasPadam
  8. Sedap2 semuanya
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  9. Sedapnya... tiba-tiba jadi teringin nak makan nachoe dengan pizza 🤤

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..rezeki orang belanja. Hidangan macam ni susah nak ingat namanya. Terbelit lidah nak menyebutnya pun. Muka runcing tanda kurus tu kak amie. Okay dah tu :)

    BalasPadam