Biasanya kami akan bertemu setiap tahun di Hotel XYZ pada hujung tahun. Covid-19 punya angkara, terpaksalah kami bertemu pada 14 -17 Mac 2021. Entah kenapa masing-masing suka menginap di sini. Mungkin mudah untuk dapat teksi, dan mudah berjalan kaki mencari kedai makan. Kali ini juga, kawan-kawan yang datang dari Sandakan, Tuaran, Keningau, Kota Belud, Ranau dan Tenom berlonggok lagi di sini!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, teman tidur Amie di Hotel XYZ ini sudah tentunya Vianey, si taukeh sarang burung walid itu! Dan bersebelahan bilik kami memanglah Ton dari Kota Belud dan Suan dari Tenom. Yang lain-lain tu masing -masing bawa diri sebilik seorang sebab 'berani'. Kami di tingkat 3. Mewah, Hel dan Albert masing-masing di tingkat 6. Ada seorang lagi kawan kami, Fin di tingkat 3 juga, dan seorang diri satu bilik. Izan pula, menginap di Hotel Marco Polo bersama keluarganya.
Tengah nyenyak tidur, Suan dari bilik sebelah kejutkan kami. Katanya Fin tak 'selesa' duduk di biliknya. Adedeehhh.... ! Tengahmalam itu kami gotong-royong angkut selimut dan bantal dari bilik Fin bawa masuk ke bilik Suan.
Vianey pula ketakutan! Sepanjang malam dibukanya semua lampu dari tandas sehinggalah semua lampu bilik. Televisyen pula dibuka sehingga ke pagi walaupun tidak ditonton!. Kita pun tidur sambil tutup muka dengan bantal sampai ke pagi! Begitulah sehingga malam terakhir! Kita biasa-biasa saja, tapi Vianey rasa takut sejak peristiwa Fin pindah bilik! (Tak tahu apa cerita Vianey pada malam keempat, sebab mereka terpaksa bermalam di hotel memandangkan keesokan paginya baru berangkat ke airport. Amie pula terus pulang ke LD pada petang17 Mac 2021)
Malam kedua Fin pindah bilik lain, dapat bilik sebelah bilik Ton dan Suan. Malam kedua itu Amie tidur mati!
Pagi-pagi buka WhatsAap, rupanya Albert pula minta pindah bilik dan pihak hotel berikan bilik Fina (yang sudah ditinggalkan Fin). Albert tak tahu cerita apa-apa sebelum itu.
Apabila jumpa di tempat mesyuarat, barulah kami dengar cerita sebenar dari Albert. Tapi Albert berani dan kuat semangat orangnya. Tidurlah setiap malam di bilik itu dengan kawan barunya! Katanya, dia ada petua supaya tidak diganggu oleh kawan barunya itu.
Huurrmmm... cerita tentang bilik yang lama tidak dihunilah! Nak cerita pun tak berapa sedap hati...ahaks! Harap keadaan akan pulih seperti sediakala.
Bilik penginapan kami nampak usang sebenarnya. Televisyen pun jenis zaman dahulukala. Maklumlah, masuk bilik sekadar untuk bersihkan diri dan berehat sahaja. Selebihnya kami berada di tempat mesyuarat dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.
Setiap pagi sarapan dihantar ke bilik seawal pukul 7 pagi. Lepas bersarapan kami bergegas turun untuk menaiki teksi menuju ke tempat mesyuarat.
Sarapan hari pertama : 15 Mac 2021. |
Sarapan hari kedua : 16 Mac 2021 |
Sarapan hari ketiga : 17 Mac 2021. |
Best pulak nama hotel tu
BalasPadamHotel XYZ
hotel ni area mana ?
BalasPadamHotel XYZ (bukan nama sebenar ke?)
BalasPadamTauke sarang burung tu jual sarang burung murah, tak?
BalasPadamKalau sy tak boleh tido tu tv terbukak sampai pagi..
BalasPadamKALAU PASANG TV SEMALAMAN CHANNEL YG BANYAK SIARKAN AYAT SUCI N DOA2 OK KUT
BalasPadambestnya kak dpt stay hotel musim pkpb nih... cuma kalau dapat buffet lagi best kan sarapan nya hehehe banyak boleh dipilih
BalasPadamHotel & cerita serem berpisah tiada kan...hihihi
BalasPadamSaya pula jadi seram membacanya.
BalasPadamAlaaa, nak tau cerita details apa yg jadi.. huhuhuhu tapi kak amie tido ok, Alhamdulillah kan
BalasPadamSeram pulak kalau tidur hotel ada kisah seramnya. Harapnya tak berlaku sesuatu yang buruk lah sampai fobia nak stay hotel.
BalasPadamAnda belum ada insurans takaful untuk keluarga anda..? Boleh dapati di Etiqa dan sememangnya pelan insurans hayat & takaful keluarga yang mampu dimiliki oleh semua.
BalasPadamToilet ventilation - 4 reasons why it is important.
BalasPadamBest Air filtration system in malaysia.
3 types of smoke ventilation systems you must know.
Thanks for sharing a very good information!
BalasPadamoffice cleaning
Biasa kalau dah tinggal lama, macam tu lah akan jadi. jadi seram..
BalasPadamborong china
beli barang dari china
air freight malaysia
shipping company in malaysia
Shipping from China to Malaysia
sakit kepala
BalasPadamsakit belakang
slip dics
kebas kaki