Pages

Ahad, 21 Mac 2021

Sarapan di Gloria Jean's Coffee, Makan Tengahari di Wangi Chicken Rice (Jalan-Jalan Cari Makan di Tawau)

Lama dah dapur tak berasap. Ambil asap di dapur lain pulak.... ahaks! Sewaktu hantar Abang Farid ke Airport Tawau minggu lepas, memang bawa perut kosong! Encik Suami memang dah pesan awal-awal, bertolak dari LD selepas solat Subuh. Selepas Abang Farid check in bagasi, kami terus cari restoran untuk alas perut. Kebanyakan tempat makan di situ belum dibuka. Akhirnya kami singgah di Gloria Jean's Coffee yang letaknya tepat bersebelahan dengan boarding door.

Abang Farid nak minum Caffe Latte. Encik Suami pula minta Caffe Americano dengan sandwich. Firdaus nak minum Original Iced Chocolate dan makan Slices Cheese Bun. Amie pula berminat dengan Chicken Pizza (Homemade) yang kurus tipis!

Caffe Latte

Caffe Americano 7 sandwich.

Caffe Americano


Ketika ini Fuad sudah berada di Tawau bersama Abang Aznan (sepupunya), sementara Fairuz berada di LD. Fairuz tak dapat ikut hantar Abang Farid kerana ada tugasan sekolah yang perlu disiapkan.



Suka sangatlah Firdaus dapat sarapan pagi dengan Slices Cheese Bun.


Dan minum coklat ais. 



Kita pula, layan chicken pizza homemade!
Sedap!

Setelah Abang Farid memasuki pintu untuk terbang, kami meneruskan perjalanan ke Tawau. Kata Encik Suami, selepas makan tengahari di Tawau, bolehlah tinggalkan Amie di hotel, dan kemudian berdua bersama Firdaus pulang ke LD. Kami makan tengahari di Wangi Chicken Rice.


Firdaus tidak mahu makan apa-apa di Wangi Chicken Rice. 
Katanya masih kenyang makan cheese bun di Gloria Jean's Coffee.

Jadi, hanya Amie bersama Encik Suami sahaja yang makan tengahari. Seperti biasa kalau makan di sini kami minta Chinese Tea panas. Macam sama saja warna dalam mangkuk kecil di depan gelas tea. Itu ialah sambal nasi ayam.


Encik Suami minta tambah bean curd oyster sauce, dan Amie minta taugeh masak ikan masin dan satu set hati ayam.


Amie punya : Peha ayam steam.
Encik Suami punya : Peha ayam goreng.

Bean curd oyster sauce.

Taugeh ikan masin.

Bismillah. 
Kami suka makan di sini sebab layanannya cepat dan hidangannya pun sedap.
Kalau kami ke Tawau memang selalu singgah sini untuk makan tengahari.


8 ulasan:

  1. Alhamdulillah mewahnya rezeki sedap sangat semuanya

    BalasPadam
  2. Firdaus, awak tak pernah tak mencuit hati, hihi

    Hidangan nasi ayam tu nampak sedap bebeno Amie

    BalasPadam
  3. Lamaa tak jenguk blog. Daus pon dh besar panjang.
    Sedap2 semua menu tu

    BalasPadam
  4. Hihihi...Sambil menyelam ,minum air.Rezeki tu..Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Saya kurang sikit makan nasi ayam dengan taugeh. Sedap ABC adik Firdaus. Terabis ke tu?

    BalasPadam
  6. Sesekali kita ambil asap dapur orang lain dengan hidangan yang berbeza. Sedap tu pilihan pizza homemade kak amie. Tempat makan sedap, haruslah repeat makan kat situ kan. Sedap dan service pun bagus. Selesa pun selesa :)

    BalasPadam