Apabila sembang-sembang dengan Bonda melalui telefon, tidak ada perkara lain yang Bonda tanya selain khabar cucu-cucunya. Abang Farid pun rajin telefon, tanya khabar Nendanya. Sudah bercerita itudan ini, terceritalah pula tentang serondeng (ejaan sebenar serunding dalam Kamus dewan ialah serondeng) ikan yang Amie bekalkan Abang Farid tempohari. Bonda teruja sangat apabila Amie kata Amie buat sendiri serondeng ikan itu. Kata Bonda, sudah tentulah sedap sangat! Bonda sudah agak uzur, dan pergerakannya juga agak terbatas. Kalau dahulu Bonda rajin buat serondeng. Sekarang tidak lagi.
|
Serondeng Ikan untuk Bonda |
Amie gunakan 6 kg ikan sardin saiz besar untuk dijadikan serondeng. Ada lebih kurang 8 ekor semuanya. Amie kongsikan resepinya di sini:
Bahan-bahan:
- 6 kg ikan sardin saiz besar - direbus dengan 6 keping asam gelugur dan 2 sudu besar garam kasar - toskan - ambil isinya - tumbuk
- 2 kg pati santan
- 10 helai daun limau purut - buang tulang belakang
- 4 biji limau nipis - ambil jusnya - boleh gantikan dengan asam keping atau asam jawa
- 5 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar serbuk rempah sup
- 2 cawan parutan gula Melaka
- garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 30 tangkai cili kering
- 8 labu bawang besar
- 30 biji bawang merah
- 20 ulas bawang putih
- 10 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
- 4 cm lengkuas
- 6 cm halia
- 6 cm kunyit hidup
- 2 sudu besar jintan manis
Cara memasak:
- Masukkan santan ke dalam kuali. Tuangkan bahan kisar, parutan gula Melaka dan serbuk kari dan rempah sup.
- Gaul rata sehingga gula Melaka larut.
- Kemudian masukkan daun limau purut dan isi ikan sardin. Kacau selalu. Api sederhana sahaja.
- Setelah serondeng ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan dan jus limau nipis.
- Teruskan mengacau serondeng ikan sehingga menjadi kering dan berderai.
- Padamkan api dapur.
|
Isi ikan rebus yang sudah ditumbuk. |
|
Santan, bahan kisar, serbuk kari, serbuk rempah sup dan gula Melaka. |
|
Setelah bahan larut, masukkan daun limau putu. |
|
Kemudian masukkan isi ikan. |
|
Gaul rata. |
|
Gunakan api perlahan. Apabila serondeng ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan dan juga jus limau nipis. |
|
Selalu kacau supaya serondeng ikan tidak berkerak atau hangus. |
|
Apabila serondeng ikan sudah menjadi ringan dan berderai, keluarkan daun limau purut. |
|
Biarkan serondeng menjadi sejuk. Amie biarkan selama 2 hari. |
|
Serondeng ikan sudah siap dimasukkan ke dalam balang. Amie dapat isi 8 balang. |
Apabila ditimbang, beratnya hanya 3kg. Maknanya kalau buat 6 kg ikan, serondeng hanya menjadi 3 kg sahaja. Alhamdulillah. Anak-anak Bonda yang ada sekarang ini kesemuanya 7 perempuan termasuk Amie.
- Bonda - 2 balang
- Kak Niah - 1 balang
- Kak Ros - 1 balang
- Kak Kanang - 1 balang
- Kak Aton - 1 balang
- Adik Wie -1 balang
- Adik Chah - 1 balang
Semoga bungkusan serondeng ikan ini sampai ke tangan Bonda dengan selamatnya. In shaa Allah.
eh, Amie.. bukankah kita adik beradik Amie jugak? hihi
BalasPadamEh... agaknya waktu mak saya lahirkan dulu SK kena kidnap kot hahahaaa.
PadamHehe adik-adik dapat, bonds pun dapat.
BalasPadamAlhamdulillah rajin buat.
Alhamdulillah.
PadamRezeki untuk keluarga yang jauh di mata.
bestnya dapat serunding ikan eh! tiberrr...
BalasPadamHeheeeee...
Padammesti sedap kan kak... lagilah buatan sendiri, dana tak pernah buat pernah makan je kalau balik ke rumah mertua mak mertua masak sedap serunding ikannya
BalasPadamAlhamdulillah. Ikan segar, bubuh santan dan rempah. Masak dengan penuh sabar...ecewaaahhh!
Padamuncle punya berapa balang?
BalasPadamMak dapat 2 balang. yang lain dapat 1 balang. Cuba tanya mak, boleh tak uncle ambil satu balang heheheee.
PadamNak jadi adik beradik boleh...hahahahaha
BalasPadamJom kita buat surat beranak baru heheheee.
PadamWahh... stok untuk bulan puasa ke ni kak??? bestnyaaaa
BalasPadamTaklah. Saja kirim untuk keluarga.
Padamwowwww. sedapppnyaaa kak. terbayang bayang rasa dia.hikhik
BalasPadamSerunding ikan memang sedap kan.
PadamDalam banyak- banyak serondeng,saya masih fail masak serondeng ikan kerana asyik berketul.Dia tak mau jadi berdebu macam cikgu buat tu.Nanti nak gi tunggu kat Bukit Hijau la..hihihi
BalasPadamOh! Begitu pulak ye. Agaknya bergantung pada jenis ikan juga kot, atau macamana ye.
Padamamie kalau ikan diblend boleh ke? ingat sabtu nak try buat ikut resepi amie ni.
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamsemua merasa.
Alhamdulillah..seronok berkongsi rezeki dengan bonda dan adik beradik. Semoga sampai dengan selamat :)
BalasPadamDari bahan mentah, hasilnya dapat separuh. Cara memasak tu nampak mudah dah. Kena rajin nak mencuba je ni. Tq share resipinya kak amie :)
alaaa igt smpi ke tgn sy hehehe #gurau
BalasPadampandainya akak buat sendiri. susah nk jumpa serondeng nk sedap skrg ni. harap penerima tu suka sgt
BalasPadamlepas ni buatkan utk kami plak ye...
BalasPadamskrg turun dekat anak2 plakkkk
BalasPadamSeparuh je dapat dari berat asal tu ye kak..
BalasPadamBaut inti karipap mini sesuai sgt la kan..
BalasPadam