Pages

Rabu, 31 Mac 2021

Kuih Gandos & Kuih Alek-Alek

Kali ini Amie perkenalkan kuih gandos dan kuih alek-alek. Bagi yang pertama kali dengar, kuih-kuih ini merupakan kuih tradisi masyarakat Melayu Cocos yang hampir dilupakan. Kebetulannya, sewaktu majlis tahlil di rumah adik ipar beberapa hari lepas emak saudara sebelah Encik Suami yang datang rewang, buat kuih ini. Sempatlah Amie belajar dan salin resipinya. Nanti Amie akan cuba di dapur sendiri.

Kuih Gandos

Kuih Alek-Alek


Kita cerita lain pulak ye... ahaks.
Ibu mentua adik ipar yang menetap di Sandakan berniaga nasi kuning. Awal pagi lagi ibu mentuanya sudah sampai ke LD bersama keluarganya, dan dibawanya bersama nasi kuning dan lauk-pauknya. Jadi, kami yang rewang bersarapan nasi kuning air tangan mak mentua adik ipar. Selain nasi kuning, dibawanya juga kuih penyaram.

Kuih Penyaram.


Jom kita lihat makanan yang disediakan untuk kenduri. Ada bubur merah putih. Nasi berkat dimasukkan ke dalam bekas plastik dan siap dibungkus plastik. ikut tradisinya, dahulu nasi berkat diletak di dalam pinggan atau talam kecil. Tetamu yang datang akan membawa pulang nasi berkat tersebut, dan kemudian pulangkan pinggan atau talam kecil itu. Sekarang tidak lagi perlu pulangkan kerana nasi berkat diisi di dalam bekas pakai buang.


Bersama bungkusan nasi berkat, disertakan sekali sebekas kuih-muih yang terdikir daripada hirisan kek, bingka, kuih golong, roti paseman dan sebagainya. Ada pelbagai jenis kuih-muih lain (termasuk kuih gandos dan kuih alek-alek), brengkes labu, buah-buahan dan jajan yang disediakan untuk para tetamu. Selesai tahlil, nasi berkat akan dbahagi-bahagikan bersama jajan.


Tidaklah stiap kali diadakan kenduri tahlil, akan kelihatan meriah dengan segala jajan begini. Itu semua terpulang mengikut kemampuan tuan rumah. biasanya jajan begini merupakan pemberian keluarga sebagai satu sedekah. Bentuk sedekah itu pula tidak terhad kepada bentuk jajan, malah ada yang bersedekah pakaian, sejadah, kasut, kain dan sebagainya.

Balik ke rumah, bolehlah buka nasi berkat dan makan bersama keluarga.


Ini ialah roti paseman. Roti ini wajib ada ketika kenduri tahlil diadakan. Teringat sewaktu hayat MIL masih ada, sudah tentu mak-mak yang rewang bakar beratus roti paseman. Roti paseman ini sedap sangat dimakan ketika masih panas. Encik Suami suka makan dengan susu pekat manis, tapi arwah FIL pula hanya makan roti paseman yang disapu dengan mentega Wood Dunn sahaja!
Sekian.
Kisah kuih gandos berakhir dengan roti paseman.

16 ulasan:

  1. alaaaaa sedapppnya kuih penyaram tuu..da lame xmkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...penyaram sedap dimakan apalagi ketika masih panas.

      Padam
  2. Wah,semua sedap2 & unik namanya.Hebatnya semangat orang Cocos memasak aneka makanan yang bukan calang2 orang mampu puat.Roti tu menawan hati saya & cuba membayangkan bagamana gigihnya generasi lama menguli yang pastinya belum ada BM masa tu.Kuih Gandos pernah viral juga sedikit masa dulu selepas ada dalam Majalah 3 kot kalau tak silap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mama Cella. Rasa sebak bila terkenang arwah MIL bersungguh-sungguh adun tepung. Disuruhnya saya membentuk roti, tapi tangan saya keras kejung! Jarang sangat dah kuih-kuih tradisional ini wujud sekarang ni.

      Padam
  3. eh eh dia dah wajah baaru la kat sini...
    btw kuih alek2 tu mcm kuih akok plak rupanya..
    bawah kuih peneram tu kuih pe?

    BalasPadam
  4. Pelbagai jenis makanan ada, yang tak pernah jumpa pun ada, yg rupa sama nama lain pun ada. Macammana sebutan yang betul bagi Cocos? Kokos atau Cocos?

    BalasPadam
  5. meriah dgn mcm2 mknn... ada yg 1st time dgr... menarik!

    BalasPadam
  6. kuih gandos, kuih alek alek dan roti paseman tu unik bagi saya. Lama betul tak merasa bubur merah putih tu. Rasanya zaman kanak kanak last makan. huhu

    BalasPadam
  7. paling suka alek2.. sedapnyaa kalau dpt rasa yg lain

    BalasPadam
  8. join blog akak ni baru tau keunikan masakan malaysia sebelah sana..

    BalasPadam
  9. perut terus berkeroncong pagi2 ni.. dah la shift malam :(

    BalasPadam
  10. Sedapnya nasi berkat.. Lama tak makan.. Kuih gandos dan alek-alek tu pertama kali tengok..

    BalasPadam
  11. Kuih alek2 tu sama rupa dgn kuih apam bakar kat kelantan

    BalasPadam
  12. Seronoknya boleh belajar budaya masyarakat Cocos ni...

    BalasPadam