Pernah makan Biskut Kelapa Cina? Ini biskut zaman dahulukala, zaman kami membesar tanpa banyak pilihan kudapan. Tak sangka biskut ini masih boleh bertahan hingga ke hari ini.
Dahulu biskut ini saiznya agak besar, dengan harga 5 sen sekeping. Sekarang saiznya comel jew. Tidak dijual sekeping-sekeping macam dulu. Kalau nak makan kena beli sepaket. Jenuh nak menghabiskannya kerana tiada teman yang sudi menjamah!
Teringat zaman remaja purbakala, waktu petang begini suka membaca buku sambil mendengar radio. Rajin juga tulis-tulis sajak dan pantun. Pernah sekali, tersiar pantun yang dikirim ke radio dan dibaca oleh juruhebah bertugas dalam rancangan Bisikan Hati. Kemudian juruhebah siarkan lagu Mahligai Syahdu nyanyian Hattan untuk Amie. Waktu itu memang glamour teruklah kita di kampus kena usik kawan-kawan sebab nama tersiar dalam radio....kah!
Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan wana hidupku.
biskut sedap ni, sesedap rasa dijadikan kudapan. Dulu kalau penulisan, nama atau ucapan masuk radio dah cukup happy betul rasa dia :)
BalasPadamKita pun bukan peminat biskut kelapa ni, hihihi
BalasPadamdulu kami panggil biskut ni sebagai biskut nasi kering..hihi
BalasPadamBiskut kelapa ni laku kat rumah ni. Anak-anak suka. Selalu beli yang jual timbang.
BalasPadamLama tidak makan biskut ini.
BalasPadambiskut wajib makan kalau balik kamppung
BalasPadamDah lama tak jumpa biskut kelapa ni
BalasPadamJaman kecik2 dulu selalu ngadap
lama juga dh xmkn biskut ini
BalasPadamlama betul x mkn biskut kelapa ni tp sy prefer yg saiz besar....dulu rs mcm byk je dijual...
BalasPadamdana panggil biskut kelapa... takde nama cina tu heheheh
BalasPadamdulu kan biskut ni biasa jual saiz besar kan kak, ada jugak yang jual 1 paket ada 12 keping..
sekarang kat kampung-kampung masih ada lagi yang saiz besar dan kecik.
dana dari muda sampai tua pun tetap suka biskut ni
biskut kelapa ni mmg sedap kan klu minum dgn air tehhhh
BalasPadamsukaaa biskut kelapa ni. dulu-dulu saiznya besar sekarang kecik je boleh sekali ngap masuk mulut hehehe
BalasPadamSA suka biskut kelapa...lamanya x makan biskut kelapa...mana plak nak cari biskut kelapa
BalasPadamhish hish biskut nostalgia ni. Tahu biskut kelapa tak tahu pulak biskut kelapa cina
BalasPadamLama tak makan biskut kelapa Tu dulu sekali belintimbang kat kampung
BalasPadamSaya suka biskut ni walaupun bersepah sikit serdaknya. Jiwang lagu Hattan tu,memang membuai emosi.
BalasPadamSaya ada jumpa biskut kelapa ni di kedai. Tapi, tak pernah membeli. Pernah cuba sekali dulu. :)
BalasPadam