Entah berapa hari jering @ jengkol ini terletak di atas meja dapur. Ceritanya, minggu lepas kami berkumpul di rumah adik ipar di Silabukan, dan kemudian bersama-sama yang lain pergi meminang untuk anak buah di Taman Warisan. Kebetulan, adik ipar Amie dari Kampung Cocos sedang menjolok bertangkai-tangkai jering di depan rumah adik ipar di Silabukan. Dah pakai baju cantik-cantik sempat lagi jolok jering di pokok!
Amie pun tegur: Wah ada jering!
Adik ipar sahut : Nanti kita bagi-bagi.
Cerita pun habis di situ, dan Amie pun lupalah tentang jering itu.
Keesokan harinya, adik ipar di Silabukan telefon Encik Suami. Katanya, ada jering dia bawa untuk Amie, dan minta Encik Suami ambil di bengkel kereta, tempat kerjanya.
Tadi, setelah siapkan bekalan Firdaus dan menunggu budak itu pulang dari sekolah agama, Amie pun sempat kopek isi jering.
Ada isi jering yang masih muda dan ada yang sudah tua.
Isi yang sudah tua, mudahlah mengopeknya. Yang masih muda pula kena gunakan hujung pisau untuk cungkil isinya.
Sesiapa yang memakan jering, sudah tentulah akan mengeluarkan air kencing yang berbau kuat. Bagaimanapun, jering sangat bermanfaat terutama bagi pesakit kencing manis. Jering boleh diambil oleh pengidap diabetes secara berterusan tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja. Terdapat kandungan sebatian alkoloid dalam jering yang mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Jering juga dikelaskan sebagai racun sederhana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino yang menyebabkan keracunan. selepas memakannya, adakalanya menjadi penyebab sakit yang mencucuk, dan salur kencing menjadi tersekat serta timbul beberapa penyakit lain. Disarankan agar meminum banyak air kosong selepas memakan jering bagi mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan di samping melawaskan air kencing.
Jering sudah siap dikupas tapi tak terfikir lagi nak buat apa.
banyaknya jering..
BalasPadamOh, ada asid djenkolic, patutlah dipanggil jengkolll, hahaha.
BalasPadamJujur, kita tak pernah kopek jering tau Amie, tapi pernah makan di Restoran Mat Binjai, Terengganu, sedap betul jeringnya dimasak lemak
dulu dana tak pernah makan jering, tapi ada 1 hari masa balik kampung... dana nampak adik dana no 3 tengah makan nasi dengan ulam jering, masa dia makan bunyi jering tu ranggup sangat... bila tanya dia kata sedap la, terus teringin cuba... pastu sampai sekarang dana makan jering tp tak la sekerap macam petai.
BalasPadamadik dana no 3 tu dia makan macam orang tua, makan jering, kerdas, ulam pucuk betik ke apa segala yg mak makan dia pun makan... hehehhe dana dah tua baru belajar makan jering nih
tak pernah makan jering...
BalasPadamok adik badik petai...
BalasPadamtak makan juga..
heheh mampu tgk je la dr kejauhan
Buat sambal jering pun sodap. Aruah mak saya suka makan buah jering yang di tanam kat tanah sehingga berakar. Kakak saya dan aruah abang ipar pun suka, berebut kalau dapat jering muda. Makan tapi tak minat sangat sebab nanti jadi perfume di bilik air
BalasPadammusim sekarang ni kak amie .adik SA suka la ni buat goreng berlada..mak pun makan.. SA x makan sbb x suka bau dia
BalasPadamHuh,sedapnya jering walau tak sehebat petai tapi aroma tersendiri.Saya suka sambal jering & ulam jering cambah/semai
BalasPadamLM suka jering yang sedang2. X tua sgt, x muda sgt. Tp dah 2 kali beli dpt yg muda sgt pulak haritu. Mcm x terasa apa bila lembut sangat. Haha. Tua sgt pun jenuh nak kunyah. Ada sekali tu beli tua mak aihh.last2 LM x tau nak buat apa. Nak buat ulam mcm tak da selera sbb keras sangat. Hiris nipis buat sambal campur bilis goreng rangup. Sedap la pulak. Tp bab kencing tu yang naya. 2 hari pun masih ada bau. Sobsss.
BalasPadamSaya boleh makan jering yang dibuat sambal je. selain tu tak makan. Bab air kencing berbau jering tu memang tak boleh tahan. kalau tak kemana mana baru makan jering. kat luar memang tak makan :)
BalasPadamjarang jumpa jering warna oren mcm tu. mungkin ikut tempat juga
BalasPadam