Pages

Jumaat, 26 Mac 2021

Jering Rebus Cecah Kelapa

Pertama kali Amie makan Jering Rebus Cecah Kelapa, kira-kira  27 tahun yang lalu, ketika menunggu kedatangan feri dari Brunei menuju ke Pulau Labuan. Ketika itu ada seorang wanita duduk di jeti membawa raga berisi kuih dan juga jering rebus. Amie menyapa wanita tersebut, dan dia terus menunjukkan bungkusan berisi jering rebus. Apabila diberitahu wanita tersebut isi dalam plastik itu ialah jering rebus, Amie gelengkan kepala. Amie beritahu, Amie tak pernah makan jering rebus, dan rasa hairan jering boleh direbus? Maklumlah selama ini hanya tahu jering dibuat ulam makan dengan nasi. Itu pun sebab selalu nampak Bonda makan!

Ambillah. Cubalah makan. Sedap. 

Wanita tersebut hulurkan sebungkus jering rebus. Amie teragak-agak untuk menyambutnya.

Cubalah makan dengan kawan-kawan. Ambil saja. Tak perlu bayar, ujar wanita itu tadi.

Amie pun ambil. Amie hulurkan bungkusan jering rebus tadi kepada Erny dan Tadia. (Ini cerita gang kaki jalan zaman remaja purba : Erny dari Kuala Penyu dan Nur Tadia dari Kudat. Kami sama-sama bertemu dalam Ekspedisi Sabah & Sarawak tahun 1990-an).

Tidaklah ada rasa yang pelik ketika mengunyah jering rebus dengan kelapa parut itu! Sedap pula dengan rasa kenyal-kenyalnya. 

Kali kedua makan buah jering rebus dengan kelapa parut, ketika sudah jadi isteri kepada Encik Suami. Kalau balik kampung Encik Suami, kebetulan MIL rebus jering, memang sempatlah makan sebiji dua.

Pernah beberapa kali rebus jering di dapur sendiri. Lamanya nak tunggu jering menjadi lembut! Apabila tanya Pak Google, harus merebusnya selama 7 jam. Oh! Lamanya. Selain itu ada petuanya lagi. Rebusan kali pertama masukkan sudu besi. Satu jam kemudian, buang air dan keluarkan sudu tersebut. Masukkan air baru. Rebus lagi. Buang air lagi. Bubuh air baru lagi. Bubuh abu kayu. Bubuh serai. Bubuh pandan. Bubuh limau purut!


Kelmarin sempat rebus jering dengan sudu besi. selepas satu jam, buang air dan keluarkan sudu besi. Bubuh air baru dan rebus lagi. Satu jam kemudian buang air rebusan dan bubuh air baru. rebus lagi. Tak sabar nak makan dan takbar nak tunggu sampai 7 jam merebus, akhirnya toskan airnya setelah merebus kali ketiga. Lupa pula nak masukkan daun pandan! 

Ambil kelapa parut dan bubuh garam gula sedikit. Gaul. Kemudian cecah jering rebus tadi, terus masuk mulut. Terasa lembut dan kenyal buah jering rebus! Mungkin buah jering tidak terlalu tua, jadi rebus 3 jam pun sudah empuk.


Encik Suami tanya, nak buat apa dengan daun pandan ni? Laaaa... itulah daun pandan yang Amie nak masukkan dalam rebusan jering tadi. Sebelum rebus jering, minta tolong Encik Suami ambilkan daun pandan.  Encik Suami letakkan 5 helai daun pandan yang diambil di belakang rumah atas meja. 

Tak bubuh daun pandan pun, Jering Rebus Cecah Kelapa tetap sedap!



11 ulasan:

  1. Kt Klate mkn menu ni.. Lama xmkn

    BalasPadam
  2. tak pernah makan..mesti rasa mcm ubi..teka je..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sikit-sikitlah. Tapi lebih sedap sebab lebih kenyal. Kalau ubi empuk

      Padam
  3. dana tak pernah cuba pun lagi kak... kawan2 dari kelantan selalu cerita kesedapannya dana teringin nk cuba tp tak jumpa orang jual di sini... nak buat sendiri takut tak jadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cuba buat, tak tau jadi tidaknya Dana.
      Memang sedap. Try beli jering dan rebus sendiri... hihihii try & error orang kata.

      Padam
  4. Tahu, tapi tak pernah jumpa depan mata. Maka tak pernah mencuba..hehe
    Baik sungguh wanita tu kasi Amie dan kawan2 merasa free.

    BalasPadam
  5. Pernah ada jiran bagi tp SA x makan..sudahnya xde sape makan sebab pelik...

    BalasPadam
  6. uish..sedap tu.Saya pun suka jering rebus.Walupyn empuknya bukan gebu tapi kenyalnya sangat sedap kan

    BalasPadam
  7. Hidangan yang rare. Tak pernah makan jering rebus dengan kelapa parut. Lama gak tu nak merebus jering bagi lembut.

    BalasPadam
  8. jarang nampak orang makan dgn kepala parut.. mungkin makanan tradisi brunei

    BalasPadam