Pages

Selasa, 30 Mac 2021

Lauk Kampung : Sayur Bening & Ikan Masin

Entri tertunggak (hidangan makan tengahari beberapa hari lepas).

Hidangan kampung paling ringkas seperti sayur bening dan ikan masin sudah tentu menggamit selera ketika dihidangkan waktu makan tengahari. Jangan lupa sambal kemangi yang menjadi pelengkap serta keenakan hidangan yang disajikan! Terima kasih ipar  dan rakan-rakan keturunan Bugis yang selalu kongsikan resipi sayur bening  tambah daun kemangi. Sedap sangat hirup kuahnya!

Jadi, sesekali hidangan begini apabila diolah di dapur sendiri, memang puaslah hirup kuahnya yang masih panas.  Bukan semangkuk, tapi bermangkuk-mangkuk.... ahaks!

Untuk hidangan tengahari kami, selain sayur bening bayam & the gang, Amie tambahkan ikan masin talapia goreng dan telur masin serta sambal  kemangi. Untuk Fairuz dan Firdaus Amie gorengkan ayam.

Sayur Bening : Jagung, bayam, kacang panjang, labu manis dan daun kemangi.

Ikan masin talapia goreng & telur masin.

Sambal kemangi.


Ada di antara rakan blogger yang ingin tahu lebih lanjut tentang daun kemangi. Amie kongsikan gambar daun kemangi di atas. Kalau masak sup ayam dengan betik, Amie suka masukkan daun kemangi sebagai penambah aroma. jika suka, daun kemangi boleh djadikan ulam. Di LD, Amie biasa jumpa daun kemangi dicampurkan ke dalam sambal tomato.

Jom kita masak sayur bening, dan kita tambahkan daun kemangi ke dalamnya.


Antara bahan yang Amie gunakan dalam masakan sayur bening ialah sayur bayam.

Tambahkan jagung dan juga labu manis.

Inilah antara bahan sayur bening yang sudah sedia untuk dimasak. 
Ada bayam, jagung, kacang panjang, labu manis dan jangan lupa daun kemangi.


Jom kita masak. Sebelum terlupa Amie nak bagitahu, tak perlu tambahkan bahan lain seperti bawang ke dalam sayur bening ini. Hanya garam / perasa pilihan sahaja yang digunakan. 

Bahan-bahan:
  • 200 gram pokok bayam - daun, pucuk dan batangnya yang muda
  • 150 gram kacang panjang - potong 2 cm
  • 250 gram labu manis - buang kulit - potong ikut suka
  • 2 batang jagung - potong 5
  • 7 tangkai kemangi - ambil pucuk dan daunnya
  • 1.5 liter air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk.
  2. Masukkan jagung. Biarkan sehingga kuah mendidih.
  3. Kemudian masukkan labu manis. Masak sehingga labu manis empuk.
  4. Seterusnya masukkan kacang panjang. Biarkan masak sekeika sehingga kacang panjang berubah warna.
  5. Masukkan pula bayam bersama daun kemangi.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
  8. Hidangkan panas.

Jemput makan!

15 ulasan:

  1. Segernyer ngirup kuah bening panas2

    BalasPadam
  2. Fuh...memang sedap makan camni Amie.

    BalasPadam
  3. tahniah .... krn ami antara blogger yg masih aktif. sy sentiasa ikut blog ami...

    BalasPadam
  4. Kat tempat saya sayur bening dipanggil "sayo boh ai"(sayur bubuh air)
    hihihi

    BalasPadam
  5. Rasa macam bestnya kalau dapat bertandang ke rumah Amie, daun kemangi sy tak berapa kenal, memnag sejenis tahu benda basic sahaja

    BalasPadam
  6. Uniknya hidangan sayur bening kak amie. macam macam sayur dan jagung pun ada. sedap dilawankan dengan ikan masin, telur masin dan sambal.

    BalasPadam
  7. sedap ni kak, sayur bening akak tu ada gaya indonesia kan... sebab biasa tengok indonesia punya bening yang ada boh jagung gitu... mesti sedap
    dana tak pernah makan ulam daun kemangi nih... akak asik cite dana pun teringin nak cuba jugak la nanti

    BalasPadam
  8. Masakan macam ni buat makan bertambah- tambah kan kak amie..ada plak ikan masin pelengkap

    BalasPadam
  9. sambal kemangiii nampak sedapnyaaaa.huhu

    BalasPadam
  10. nampak sedap masakan kampung di sana.. masih simpan pinggan corak zaman dulu. di rumah pun ada walaupun byk yg dh pecah

    BalasPadam
  11. fav sy ni mkn hari2 pun x pe hehehe

    BalasPadam
  12. first time tgk masakan sayur bening ni, sedapnya sbb ada jagung

    BalasPadam
  13. Sedapnya ikan masin, telur masin dengan sambal.. Memang bertambah ni kalau makan..

    BalasPadam
  14. Sedap dipandang..dh tentu enak rasanya

    BalasPadam