Hari ini BDR. Bolehlah bangun lewat sikit. Tapi.... tapi.... tapiiiiii! Tak boleh dijadikan kebiasaan. Kalau bangun lewat selalunya banyak kerja jadi lambat siap, dan kurang sempurna hasilnya. Jadinya, seawal pagi lagi, ikut Encik Suami hantar Fairuz ke sekolah. Kemudian kami teruskan perjalanan ke pasar. Beli sayur, beli ikan dan kemudian jalan-jalan cari sarapan di Auliah Restaurant.
Suka sarapan di restoran ini, sebab ada ubi rebus cecah kelapa parut! Haaaa..... di restoran mamak pun ada ubi rebus ko! Sayangnya pagi ini, ubi rebus tidak ada pula. Jadi, cari sarapan lainlah pulak. Amie nak sarapan tosei dengan teh panas sahaja.
Tosei di sini nampak comel pula. Selalunya kalau makan atau beli di Rumpun Selera, tosei kosong begitu saja dengan pencecahnya, tetapi di sini lempeng tosei ada daun kari dan lobak merah. Mungkin ada bahan lain juga di dalamnya. Bukan dalam gulungan tosei ye, tapi dalam adunan lempeng tosei tu.
|
Tosei and the gang. |
|
Chutney kelapa. |
Sedap chutney kelapanya. Tanpa chutney kelapa, siapalah tosei ....... ahaks!
Amie makan dua gulungan tosei. Alhamdulillah. kenyang.
Jadi, pagi ini berdua bersarapan dengan Encik Suami. Encik Suami makan roti telur dengan lemon panas. Ketika kami tinggalkan restoran ini, jam baru menunjukkan pukul 7 lebih.
Masuk kereta, sambung baca Ustazah Basikal Siri 2. Kalau tak pandai curi masa memang tak tahu bilalah akan habis baca travelog ini. Amie teruskan bacaan sebaik sahaja keluar dari rumah ketika hantar Fairuz ke sekolah. Berhenti baca sewaktu Fairuz bersalaman sebelum keluar dari kereta. Sewaktu Encik Suami memandu ke pasar, sambung baca lagi. Tutup buku sewaktu kami turun ke pasar, dan sambung baca ketika menuju ke restoran. dan seterusnya..... baca dan terus baca sehinggalah sampai di depan rumah.
Encik Suami sempat belikan sarapan pagi untuk anak-anak di rumah. Nasi kuning untuk Abang Farid dan Fuad, mee hoon goreng untuk Firdaus. Kami beli juga sedikit kuih. Setelah hantar Amie di rumah dan letakkan sarapan di dapur, Encik Suami terus keluar bekerja
|
Nasi kuning & mee hoon goreng. |
|
Pulut panggang, sanggar janda & kocong. |
|
Sanggar Janda |
|
Kuih kocong versi daun pisang. |
|
Pulut panggang @ gogos. |
Wokey!
Selamat pagi dan selamat menjalankan rutin harian.
Jangan lupa, niat bekerja sebagai satu ibadah kepada-Nya. In shaa Allah semuanya akan baik-baik saja pada hari ini.
comel pulak tosei tu bergulung macam tu, Amie.
BalasPadamhuhu, kami dah tak ada BDR
Semua sedap-sedap Amie... lama juga tak makan toseii..
BalasPadamtak pening ke baca buku dalam kereta ?
BalasPadamLama tak makan tosei kak Amie. Nak carilah esok
BalasPadamKuih muih yang rare tak pernah makan kecuali pulut panggang tu. kalau datang sana, saya tak tahu nak makan apa sebab banyak menu yang rare patut cuba :)
BalasPadamnmpk pulut panggang berkeriuk perut sy hahahaha
BalasPadamsedapnyaaaa pulut pagang tuuu. nyummm :)
BalasPadamSaya suka pulut panggang. Alhamdulillah, dapat sarapan luar dengan suami. Saya tak boleh baca buku dalam kereta, sakit pala nanti.
BalasPadamNampak sedapnya tosei tu macam tortila.
BalasPadam