Pages

Selasa, 23 Mac 2021

Hari ini dan Semalam

Memang benar-benar terlupa 22 Mac 2021 hari ulang tahun Firdaus yang ke 8! Sibuk menyiapkan tugasan online setiap hari dari pagi, petang dan malam sampai tidak ingat hari istimewa anak sendiri! Syukurlah Abang Farid sudah meraikan ulang tahun Firdaus lebih awal,  seminggu sebelum Abang Farid terbang ke Malaya.

Petang kelmarin, terburu-buru tinggalkan kerja, terus ikut Encik Suami untuk ambil Firdaus balik dari sekolah. Teringat kata-kata Firdaus beberapa hari lepas, sempena hari ulang tahunnya, dia ingin berikan hadiah guru mata pelajaran Sains yang sambut ulang tahun pada 18 Mac. Sempatlah kami cari hadiah untuk guru kesayangannya itu.

Amie cadangkan sebelah malam bawa Firdaus makan di luar, tetapi Encik Suami kata eloklah bawa makan dulu, tak perlu balik rumah. Sebelah malam bolehlah Firdaus berehat, atau siapkan kerja sekolahnya.


Dengan pakaian sekolah, kami bawa Firdaus makan di Home Steak Home, di Seri Perdana.
Nampak agak letih mukanya. Maklumlah pagi ke sekolah agama, petang pula ke sekolah rendah.


Firdaus nak makan chicken chop. Kami order satu set siap ada ayam, kambing dan daging lembu.


Hidangan dilengkapi dengan salad, kentang lenyek dan onion ring.



Bila melihat hidangan spaghetti ini, Encik Suami terus teringat Abang Farid! Disebutnya nama Abang Farid. Katanya, tentu Abang Farid suka betul dapat makan spaghetti ini.


Jadi, malam tadi hanya kami sahajalah yang meraikan ulang tahun Firdaus ikut tarikh sebenarnya. Fairuz pula masih berada di Tawau, dan esok dijangka berangkat ke Kota Kinabalu pula.

Tosei dengan kuah dhal.

Pagi tadi sempat ikut Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama. Seperti biasa, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta sehinggalah waktu keluar kereta, macam-macamlah celotehnya! Firdaus pesan lagi : Mommy buatkan Daus bekal cucur udang ke sekolah rendah ya!
Selepas itu kami berdua singgah di kedai mamak untuk sarapan pagi. Oleh kerana masih awal pagi, belumlah banyak pilihan makanan yang ada. Amie pilih tosei, tapi chutney belum siap dimasak. Cecah sahajalah dengar kuah dhal. Bila sudah habis makan tosei, nampaklah pelayan restoran bawa keluar satu dulang chutney yang panas berasap! Nak tambah lagi makan tosei, perut dah disumbat dengan ulundhu vadei seketul dan rava upma setengah piring!

Ulundhu Vadei & Rava Upma


Sambil menyiapkan tugasan online, sempat lari ke dapur bersihkan udang untuk buat cucur campur jagung buat bekalan Firdaus. Kata Firdaus, kawan-kawan yang lain bawa karipap, bawa roti ke sekolah. Jadi, hari ini Firdaus tak mahu bawa bekal nasi. Dia nak bawa cucur udang campur jagung. Airnya pula, memang kami tak pernah bekalkan air manis. Hanya air kosong sahaja.


Tidak lupa, Firdaus bawa hadiah ulang tahun untuk guru kesayangannya! 


Kek ulang tahun Firdaus belum sempat dipotong.
Malam nanti bolehlah Firdaus makan keknya ini.

7 ulasan:

  1. HB Daus, kepenatan dia ya dari pagi bawak ke petang disekolah...

    BalasPadam
  2. Wah beberapa kali sambut ulangtahun Firdaus. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Happt belated birthday Firdaus...Semoga membesar sebagai anak soleh ..

    BalasPadam
  4. Happy Belated Birthday, Firdaus. Moga membesar menjadi anak soleh pintar kebanggaan ibu ayah 😊

    BalasPadam
  5. Happy belated Birthday Firdaus, Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn

    BalasPadam
  6. Birthday kita selang sehari ! happy belated birthday handsome boy !!! keep smiling and healthy ya

    BalasPadam