Pages

Khamis, 11 Februari 2021

Fantastic Cheese Flavour Rice Crackers & Honey Lemon Tea

Ketika sedang cuci pinggan mangkuk selepas makan tengahari, telinga menangkap alunan merdu lagu Semangat Cinta Lama nyanyian Francisca Peter  dari siaran Radio Klasik:

Dedaun gugur di halamanku
Gersang namun indah
Halus hatiku menangkap rindu
Senandungkan kalbu

Tiadakan layu bunga kenangan
Walau kedinginan
Tiada mungkin kekeringan
Oh telaga ketabahan
Walau kepanasan

Tak semena-mena teringat zaman purbakala, duduk di kampung kerja menoreh getah sewaktu menunggu keputusan STPM. Suatu hari ada orang kampung datang merisik. Bonda kata: Emak tak nak kata apa. Terpulang kamu, terima atau tolak.

Waktu itu kita pun tak terkata apa-apa. Terkejut segala beruk musang adalah. Kak Aton menghasut pulak: Kalau aku jadi engkau, aku lari dari kampung!
Woi! Kenapa pulak sampai nak lari dari kampung... ahaks!

Memang kita termenung dua tiga hari. Perasaan bercampur aduk. Apa salahku? Betulkah kata orang tua-tua: Anak dara kalau suka menyanyi di dapur nanti kahwin dengan orang tua!

Kita suka lagu Francisca Peter. Boleh dikatakan semua lagunya kita suka. Sambil noreh getah, kita nyanyi. Gali ubi kayu dan keladi pun kita nyanyi. Petik cili api dan terung pipit kita nyanyi juga. Masak di dapur pun memang wajib kita nyanyi. Siap letak radio atas para pinggan mangkuk lagi!

Huurrmmm... hujan-hujan begini memang seronok melayan kenangan lama yang mengusik jiwa. Kisah dilamar oleh bujang tua, umur sebaya Bonda kita! Orang lamar tak semestinya kita terima. Kenapalah Kak Aton sampai suruh kita lari dari kampung.... kah!

Wokey!
Sambil kita sembang sambil kita bancuh minuman panas dan cari kudapan : 
  • Honey Lemon Tea
  • Fantastic Cheese Flavour Rice Crackers
Honey Lemon Tea & Fantastic Cheese Flavour Rice Crackers.

Fantastic Cheese Flavour Rice Crackers.

Terbayang suasana sepi di kebun getah, hanya terdengar nyaring suara-suara nyamuk menerjah telinga. Daun-daun getah yang kering kuning kemerahan kelihatan melayang jatuh ditiup angin musim kemarau. Ahhhh! segalanya sangat indah bila ia telah jauh ditinggalkan oleh jarak masa!

16 ulasan:

  1. Saya suka lagu Francesca dengan Bonnie Start Maria. Hehe kenangan tidak mudah dilupakan.

    BalasPadam
  2. Wow, macam terdengar pula suara cikgu tengah nyanyi keliling pokok getah. Hihihi..
    Saya suka lagu Fran berduet dengan Roy.. " Siapa Dia Sebelum Daku"

    BalasPadam
  3. Sekarang pokok getah tengah musim luruh.
    Sekejap lagi gondollah dan terpaksa cuti menoreh

    BalasPadam
  4. @NA Pasang duet top ten zaman itu.

    BalasPadam
  5. @namakucella Waakakakaaa... sambil noreh keliling pokok sambil nyanyi ye.

    BalasPadam
  6. @Warisan Petani da juga musim luruh di negara kita ye Wak.

    BalasPadam
  7. @NA Ehehehee... saya pun terfikir, mungkin saya ketinggalan keretapi, tak pernah dengar Francisca berduit dengan Bonnie.

    BalasPadam
  8. Tentunya 'Sekadar Di Pinggiran' yang selalu berkumandang di dapurku ketika sedang mencuci pinggan... Hahahaha

    BalasPadam
  9. Saya suka dengaq lagu francesca peter... Suara dia sedap sgt...cracker tu nampak mcm best ja 😍

    BalasPadam
  10. sambil nyanyi sambil noreh rihat mkn kudapan bekal sedap tu

    BalasPadam
  11. Terima ke kak amie orang datang merisik tu? Hihi..teringat kisah lama tu seronok, kan.

    Menarik betul tengok Fantastic Cheese Flavour Rice Crackers tu. Tak pernah nampak.

    BalasPadam
  12. Kenangan mengusik jiwa betul ye, bila terdengar lagu lama. Saya pun suka lagu francisca peters, sebab kakak dulu ada banyak beli kaset dia. :)

    BalasPadam
  13. lagu lama mengusik jiwa.. syahdu betul hehe

    BalasPadam