Pages

Ahad, 7 Februari 2021

Singgang Tumis Kerang

Hari ini masak Singgang Tumis Kerang. Zaman duduk dengan keluarga di Malaya, Bonda suka masak singgang atau rebus kerang dengan serai dan daun kunyit. Sedap ratah isi kerang cecah sos cili. Di LD, sebenanya tidak ada kerang seperti di Jeram, Kuala Selangor. Kalau nak kerang yang sama seperti di sana, kenalah ke pasar ikan di Tawau. Kerang yang biasa kami makan di Malaya sudah tentulah jenis kerang ternak yang kecil besarnya sekata. Kalau cari kerang di pantai Jeram (zaman remaja dulu), memang akan jumpa kerang yang lebih kurang saja saiznya. Di LD, kerang bukanlah makanan laut yang popular seperti siput kahanga. Kalau ada kerang dijual di pasar pun, jumlahnya sedikit. Kerang yang dijual itu juga sudah tua dan liat isinya. Kulitnya yang tebal dan berat itulah yang menyebabka timbangan naik! Bila direbus, kopek isi dapatlah segenggam!

Kerang yang kami jumpa di pasar ikan LD ini pun dalam selonggok banyak saiznya! Ada XL, L dan S. Ada juga kepah laut tercampur di situ. Ada pun rupa paras dan bentuk kerang yang kami beli ini tidak sama denga kerang biasa di tempat kita.

Masakan Singgang Tumis Kerang ini kami temankan bersama latok dan ikan terbang panggang. Lauk-pauk turut dilengkapi dengan sambal pencecah dan juga mangga muda. Raja ayam tak mahu makan ikan terbang panggang, jadi Amie sediakan telur dadar gulung.

Singgang Tumis Kerang.

Ikan terbang @ ikan torani panggang.

Latok @ rumpai laut @ anggur laut.

Sambal pencecah latok @ ikan terbang panggang.

Hirisan mangga muda.

Telur dadar gulung.



Abang Farid tak mahu makan kerana katanya telur dadar gulung itu ada bawang dan cili! Sedap jew nampak Firdaus makan ikan terbang panggang dan berkeping-keping telur dadar! Kerang masak tumis singgang itu Amie berdua habiskan dengan Encik Suami. Kalau kerang begini, Fuad hanya kopek dan bubuh atas pinggan nasi Amie, tapi dia tak makan. Mommy makanlah, katanya.


Bahan-bahan:
1 kg kerang - bersihkan
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut - buang urat
1 keping asam gelugor
3 hiris lengkuas
3 hiris halia
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak
4 cawan air
garam / perasa pilihan secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, lrngkuas, halia serta serai sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili padi dan tambahkan air.
3. Biarkan air mendidih barulah masukkan asam gelugor dan kerang.
4. Setelah kerang masak (terbuka kulit kerang dan nampak isinya), masukkan daun limau purut, garam / perasa pilihan. Biarkan seketika.
5. Padamkan api dapur.

17 ulasan:

  1. telur dadar gulung tu sangat membuka selera

    BalasPadam
  2. Sedapnya! Tengok hidangan-hidangan ni rasa macam nak cari pintu ajaib Doraemon, bawa mangkuk dan muka tak malu pergi rumah akak :D

    BalasPadam
  3. sedapnya..kerang cicah sambal...raja ayam..hehe..

    BalasPadam
  4. Oh, agak mudah juga nak masak singgang tumis kerang ni. Sama macam kat rumah saya ni pun, kalau letak bawang dan cili dalam telur dadar, ada anak tak nak makan.

    BalasPadam
  5. Kat KL ni kerang harga Fir'aun. Hihihi
    Hanya mampu mengenang harga 20 tahun dulu rm1.50 sekilo sebagai kenangan.. Hihihi

    BalasPadam
  6. Ye la Kak Amie...lain plak jenis kerang kat sana ye..tapi SA pernah makan kerang jenis mcm tu kat KK...sedap..manis..maybe sebab ia kerang liar...

    BalasPadam
  7. Tak pernah cuba lagi kerang singgang tumis kerang.Boleh cuba resepi kak amie ni pelbagai resepi yang biasa. tq kak amie.

    okay gak tu jual kerang campur campur saiz. dapat yang fresh tak rugi membeli. Bagusnya Fuad kopekkan kerang untuk mommy :)

    BalasPadam
  8. @nohas Teringat zaman dulu, meratah isi kerang sambil kopek kerang.

    BalasPadam
  9. @Nur Mak saya biasa rebus-jew kerang, tapi kalau nak wangi tumis biasanya mak tumis dulu perencahnya.

    BalasPadam
  10. @namakucella Mak saya pun kata sekarang harga kerang cekik leher!

    BalasPadam
  11. @Suria Amanda Betul tu, baru perasan rasanya lebih manis.

    BalasPadam
  12. @Azhafizah MN Masakan zaman dulu2 ni Fiza. Teringat kat emak, masak ikut gaya emak.

    BalasPadam
  13. prnah try latok, tapi tak kena dgn tekak

    BalasPadam
  14. menarik hidangan di LD.. kerang di sini besar2 tp itulah kalau makan di kedai tak best. ada yg kurang masak. kena rebus sendiri baru sedap

    BalasPadam
  15. @AmieAlhamdulillah mewarisi bakat memasak emak kak amie :)

    BalasPadam