Sesungguhnya inilah pengalaman indah untuk dikenang! Pengalaman berjalan ketika musim hujan. Sepanjang perjalanan selama 8 hari kami diiringi oleh hujan ketika pergi dan ketika kembali. Hari kedua akhir sebelum pulang ke LD kami menginap di B-Inspired Abode. Kebetulannya kakak ipar dan anak-anak buah turut bercuti di Kota Kinabalu dan mereka menginap selama 2 malam di Kundasang sebelum balik ke LD. Oleh kerana Mountain Valley Resort batalkan tempahan kami, jadi Encik Suami meminta tolong anak buah untuk tempahkan tempat penginapan di Kundasang untuk satu malam sahaja. Kata anak buah, tempat penginapan mereka ada dua bilik kosong lagi. Bolehlah untuk kami berempat. Kami akan bermalam di banglo atas bukit.
Kami tiba di sini pada pukul 3:15 petang setelah menempuh jalan berkabus kerana hujan.
Boleh tahan juga untuk sampai ke Highland. Sudahlah jalan basah dan licin, tinggi pula bukit yang hendak dinaiki.Untuk sampai ke Highland kena melalui dua selekoh bukit.
Setiap kali lalu lalang di jalan utama, selalu terpandang kawasan penginapan di sini yang kelihatan cantik berwarna-warni. Di dalam hati berkata, tak mungkin akan bermalam di sini sebab tempatnya tinggi! Tentu susah kereta nak naik. Tak sangka pula, hari ini sampai pula ke sini. Alhamdulillah kereta tak sangkut!
Di B-Inspired Abode terdapat beberapa tempat penginapan seperti:
- Highland (tempat penginapan kami)
- A-Cabins
- Humble Hobbit Home
- Honeymoon Hobbit Chalet
- Honeymoon / Family Suite
- Mercy Queen
- Wildlife Pods
- Glory Mountain Home
- Faith Mountai Home
- Servitude Mountain Home
- Grateful Mountain Home
- Charm Mountain Home
Yang di belakang warna biru itu Glory Mountain Home. Gambar tak terang sebab kabus selepas hujan walaupun ketika ini belum pukul 4 petang.
Penginapan Highland mempunyai 8 bilik berkatil queen. 6 bilik sudah dihuni oleh kakak ipar, anak menantu dan cucu-cucunya. 2 bilik lagi untuk kami berempat. Jadi, semua 8 bilik sudah kami borong dengan harga RM800 satu malam, setiap bilik RM100.
Kenderaan kami di hadapan Highland.
Pemandangan dalam kabus dari Highland.
Antara tempat penginapan B-Inspired Abode. Nun di belakang sana, Highland sayup-sayup diselubungi kabus petang.
Sempat menoleh ke Humble Hobbit Home. Teringin juga merasai pengalaman bermalam di sini... ala-ala The Lord of Rings gitu...ahaks! Ada dua katil queen dan 1 single bed di sini. Sesuai untuk 5 orang dengan kadar bayaran RM250 untuk satu malam.
Jom, tengok apa ada di tempat penginapan kami. Semua bilik terletak di tingkat atas.
Boleh sterika pakaian, masak air dan buat air di sini. Di tingkat atas ini disediakan juga sinki.
Nampakl luas dan selesa. (Gambar diambil waktu malam).
Ruang terbuka di tingkat atas.
Ketuk pintu...tok tok tokkk!
Inilah rupa bilik kami, katil queen.
Setiap bilik ada bilik air masing-masing.
Dapur ada di bahagian bawah. Sangat luas dan selesa. Ketika kami sampai anak-anak buah baru selesai masak dan makan tengahari. Sebelah malamnya pula kami berBBQ.
Kerusi makan diperbuat daripada kayu. Punyalah berat! Kayu ke batu?
Hiasan di dapur.
Keesokan paginya, selepas solat Subuh kami ramai-ramai keluar dari bilik melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang terletak di hadapan banglo.
Matahari belum bangun dari tidurnya. Puncak Kinabalu terlihat jelas walaupun daam kelam pagi. Tidak ada kabus atau awan yang menyelubunginya. Tetapi apabila matahari mula menyinar, kabus pun mula mendatanginya, dan melindunginya pula!
Suasana di Kundasang sekitar pukul 7 pagi.
Jom turun ke bawah. Mungkin boleh melihat pemandangan sekitar yang lebih menarik.
Aduhai! Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru beberapa saat menikmati keindahan puncak gunung, kini kabus nipis mula menyelubungi Gunung Kinabalu.
Cepat-cepat rakam gambar pemandangan di sini sebelum kabus menjadi lebih tebal.
Subahanallah! Indahnya pemandangan alam ciptaan Allah!
Ladang sayur nampak sangat cantik!
Oh!
Sekali pandang pemandangan ladang sayuran ini bagaikan hamparan patchwork!
Petak sayuran yang berbeza tetapi dalam ladang yang sama!
Allahu Akbar!
Segar mata memandang!
Anak buah, Abang Aznan ajak kami naik ke bukit paling atas. Katanya, boleh ambil gambar pemandangan gunung di sini. Sampai di sini, semuanya sudah ditutupi kabus.
Cukuplah setakat ini dahulu cerita tentang B-Inspired Abode - Highland.
Ada rezeki di lain waktu boleh datang ke sini lagi.
Cantiknya, Amie. Penginapan yang lengkap, ada dapur, segala. Seronok dapat cuti di tempat sejuk macam ni, sekali-sekala. Pemandangan Gunung Kinabalu pun cantik sangat. Aman damai tengok gambar.
BalasPadamKundasang cantik sangat... saya kagum dgn penduduk asal Kundasang ni yang tinggal tempat tinggi berbukit bukau macam ni... nak driving tu kalau tak konfiden janganlah berani.. seram dibuatnya. bilalah dapat repeat nak ke sini lagi
BalasPadamTeringin nya uncle nak sampai sini... bila lah....
BalasPadamBestnya sis. Baca entri sis ni jadi teringin nak pergi juga
BalasPadamsyoknyaaaa sy mmg suka view berkabus mcm nii... warghhhh bla nk dtg kundasang lg niiiii
BalasPadambestnya...nampak nyaman jeerrr
BalasPadamDulu pernah berangan kalaulah dapat tinggal kat Kundasang.. Boleh la acah2 nak feel tinggal kat New Zealand.. Tapi Allah belum izin tinggal kat sana.. Hihihi
BalasPadamSubhanallah..cantiknyaaa....tak sabarnya SA nak pi mendaki Gunung Kinabalu end of this year kalau diizinkan allah....
BalasPadamMashaAllah sejuk mata memandang. Memang best betul kalau dapat bercuti kat sini. cuaca sejuk dengan view yang cantik. Murah pun murah stay satu family conquer.
BalasPadamseronoknya tgk kabus !!! sejukkkk
BalasPadamcantik kundasang!! tambah petak2 sayur tu nampak berwarna warni.
BalasPadam