Pages

Jumaat, 5 Februari 2021

Serunding Kerang Versi Bersantan PKP 2.0

Sedapnya Serunding Kerang PKP 2.0 Serunding Kerang PKP 2.0 laku keras. Encik Suami pun sudah dua  kali beli buras nak makan dengan serunding kerang untuk sarapan pagi Abang Farid, Fuad dan Firdaus. Balik rumah nampak daun pisang pembalut buras, dan tinggal bekas serunding kerang sahaja.

Oleh kerana serunding kerang mendapat sambutan hangat di dapur, jadi Amie cuba oleh lagi dengan untuk menghasilkan Serunding Kerang Versi Bersantan PKP 2.0 pula. Memang bergandalah sedapnya sebab ditambah santan! Lemak-lemak basah dan cukup rasa segala perencah!

Serunding Kerang Versi Bersantan PKP 2.0.

Nasi Kuning & The Gang.

Hari ini BDR. Sempat hidangkan sarapan nasi kuning untuk anak-anak. Biasanya nasi kuning lauk sambal ikan dengan telur rebus sahaja. Hari ini ada ayam goreng dan serunding kerang bersantan.

Makan nasi kuning dengan lauk-pauk yang lain memang sangat mengenyangkan. Sesuai benarlah sarapan berat begini sebelum pergi 'menoreh'.... ahaks! Nampaknya semua 'raja' dapat bahagian masing-masing. Raja ayam dengan ayam goreng salut tepungnya. Raja ikan dengan sambal ikan tunanya. Dan raja telur dengan telur rebusnya! Raja kambing hari ini bersekolah. Balik rumah nanti, dia sapu ketiga-tiganya, ayam, ikan dan telur!

Orang Sabah tak pernah jemu makan nasi kuning.
Sama seperti orang Malaya dengan nasi lemaknya.



Amie kongsikan resipi Serunding Kerang Versi Bersantan PKP 2.0. Tak rugi mencuba. Serunding bersantan yang Amie olah ini lebih cepat siap sebab tak perlu tunggu hingga berderai-derai atau kering. Makan basah begitu saja pun sedapnya sudah berganda-ganda!

Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut
500 gram isi kerang segar
1 cawan pati santan
1 sudu besar rempah kari
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil pati asam jawa
2 sudu besar parutan gula Melaka
3 helai daun limau purut
garam / perasa pilihan secukupnya
4 sudu besar minyak

Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
3 hiris halia
3 hiris kunyit hidup
2 hiris lengkuas
1 batang serai - hiris halus

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan sekali serbuk rempah kari dan serai.
  2. Setelah terbit aroma, masuk kerang dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan gula, garam / perasa pilihan, asam jawa dan diikuti kelapa parut.
  4. Gaul rata.
  5. Masukkan pati santan dan daun limau purut.
  6. Masak di atas api perlahan sambil selalu dikacau supaya tidak hangus atau berkerak.
  7. Jika suka serunding basah, tak perlu masak lama di atas dapur. Jika suka serunding kering, sangailah sehingga garing.

6 ulasan:

  1. Sedapnya amie.. pos sikit ke shah alam

    BalasPadam
  2. Thanks share resepi kak. Tak pernah buat sendiri serunding. Selalu beli je. Tu pun ayam dan daging je

    BalasPadam
  3. Wah sedapnya..... Serondeng kelapa pun dah sedap. Ada kerang lagi la sedap.tambah santan bertambahlah sedap. Kalau dapat makan ya ampun.. Sedap

    BalasPadam
  4. Uishhh ada serunding, ada ayam goreng, tambah pulak letak atas daun pisang. Berselera makan macam ni kak amie :)

    BalasPadam