Pages

Jumaat, 5 Februari 2021

Makan Ketam Panggang, Kelapa & Jagung Bakar

Dalam entri Lokan Panggang & Kelapa Bakar, Amie telah paparkan tempat makan lokan panggang dan puding kelapa dalam kelapa. Keesokan harinya kami ada urusan di Tuaran. Perjalanan dari Kota Kinabalu melalui Jalan Sulaman, tempat letaknya deretan gerai Lokan Panggang & Kelapa Bakar. Mendengar rengekan Firdaus untuk makan puding kelapa dalam buah kelapa lagi, kami pun singgah di sini sekali lagi.

Kali ini kami makan di gerai lain pula. Kalau kelmarinnya kami makan lokan panggang, kali ini kami makan ketam panggang pula. Encik Suami pun dapat minum ar kelapa bakar dan makan jagung bakar.


Ketam Panggang, puding kelapa dan jagung bakar.
Kami tiba agak awal. Para peniaga sedang menyusun lokan di hadapan gerao masing-masing. Ketika kami sedang berkira-kira memilih gerai, tiba-tiba mata terpandang beberapa longgok ketam bakau di sebuah gerai.


Ketam-ketam ini masih hidup. Nampak matanya keluar masuk. Satu ikat berharga RM25.  Saiz besar berharga RM30.

Kami pilih selonggok harga RM25. Fairuz dan Firdaus memang awal-awal dah kata tak mahu makan ketam panggang.


Sementara menunggu ketam siap dipanggang, kami makan puding kelapa dan jagung bakar. Encik Suami minum air kelapa bakar.

Air kelapa bakar.

Firdaus sudah habiskan puding kelapa dalam sebiji buah kelapa. Dia minta tambah lagi. Kami belikan puding kelapa dalam bekas ini pula. Sudah tentulah perutnya kenyang makan puding kelapa saja!

Ketam panggang sudah sampai ke meja. Amie meratah berdua bersama Encik Suami. Seperti lokan panggang, ketam ini dibumbui dengan kunyit, dan serai (mungkinlah), dan didatangkan bersama sambal pencecah.

Ketam panggang.

Sesekali makan masakan orang lain memang sedap! Terlebih lagi apabila terjumpa telur ketam! Lemak-lemak gitu, jadi marilah menternak lemak dalam badan dan menambah kolestrol...kihkihkihhh!

12 ulasan:

  1. adoiyai amie sedapnya seafood, time2 pkp ni payah kak ana nak dapat makan seafood segar2 ni rindu dah. kelapa bakar tu mesti ada aromanya kan :)

    BalasPadam
  2. Murah yer ketam ni kat sana..kat pasar kat Seremban ni jgn harap la nak dapat selonggok RM25..sedap nampaknya tu..bila la dpt travel ke sana...

    BalasPadam
  3. Nampak me yekerakan ketam panggang mama x penah makan lagi

    BalasPadam
  4. tak pernah mkn lg ketam panggang...apapun meratah seafood mmg sedap la

    BalasPadam
  5. Harga ketam tu agak berpatutan. Tak pernah makan stail panggang. Selalu masak lemak je. Sedapnya lah. Terbayang puding kelapa sejuk lalu kat tekak

    BalasPadam
  6. Memang berselera bila makan masakan orang lain sebab Kita tak penat masak, hihi

    BalasPadam
  7. Seronoknya kat LD banyak seafood segar...

    BalasPadam
  8. Makanan rare dan susah nak jumpa sesekali dapat makan memang nikmat betul. Sedap ketam panggang tu. Tak pernah cuba air kelapa bakar. Jarang jumpa.

    BalasPadam