Berehat seketika dari berBDR. Jom bancuh secawan kopi Tenom dan jamah sebiji dua kuih akok iaitu sejenis kuih tradisional yang sangat terkenal terutama di Pantai Timur, negeri Kelantan dan Terengganu. Kuih akok biasanya berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga yang dikenali juga dengan nama akok Kemboja. Akok rasanya lemak-lemak dan manis bertelor. Akok gula nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat. Ada yang gunakan telur itik untuk adunan akok, tapi Amie gunakan saja telur ayam. manalah nak dapat telur itik segar. Kalau telur itik masin banyaklah...ahaks!
Apa pun bentuk akok, akok kedut dan tak berapa kedut, lonjong atau bulat, rasanya tetap lazat jika betul cara adunanya dan dinikmati ketika masih panas!
Kuih Akok & Secawan Kopi Tenom |
Peminat kuih akok di rumah kami sudah tentulah si kecil Firdaus. kalau kita buat adunan akok, ditunggunyalah sampai akok keluar dari oven. dialah orang pertama yang mencicipi akok!
Untuk resipi akok, Amie kongsikan lengkap dengan gambar bahan serta turorial di sini : Kuih Akok Pandan Kedut.
Rajinnya cikgu masak akok... Eh, naper ek, asal terfikir sesuatu makanan,ada la keluar kat sini. Ish, nak pindah ke LD lah camni.. Bawa pinggan siap-siap.. Seronok jadi Firdaus, apa yang mommy masak dai dapat rasa dulu.. Hihihi
BalasPadamKombinasi yang enak. Saya pun suka kuih akok dan kopi Tenom. Kalau pergi Sabah mesti tu antara benda saya cari. Hehe
BalasPadamPandai Amie buat akok, sy kalau nak makan terpaksalah beli, mahal pulak tu harga akok skrg
BalasPadamSA suka gak akok tapi x selalu makan kak..jarang jumpa kat Seremban ni..
BalasPadam@namakucella Hahaaaa... ada telepati kan kita ni. Mari pindah sini, duduk berjiran.
BalasPadam@SalbiahM Kopi Tenom ni ada kelainannya, walaupun nampak gelap tapi agak ringan, berbanding kopi lain.
BalasPadam@Seri Kandi Di Tanah Jauhar Bila dah cuba buat sekali, rasanya memang berbeza dengan yang kita beli. Tu pasal lebih suka buat sendiri, makan time panas, secukup rasa pula.
BalasPadam@Suria Amanda Di LD pun jarang jumpa kecuali ada orang kerja kerajaan dari pantai timur Malaya yang rajin jual time bulan Ramadhan.
BalasPadamRajinnya Amie buat kuih akok. Kuih tradisional ni ada rasa lazat tersendiri. Saya kurang gemar tapi boleh je makan sesekali :)
BalasPadamsedapnyaaaa! huaaa
BalasPadam