Hari ini Fuad minta Amie masak ikan sos lemon. Dari petang kelmarin lagi dia sudah ingatkan. Abang Farid pula minta udang goreng salut tepung. Encik Suami pesan masak sup sayur sawi. Fairuz tidak minta apa-apa lauk sebab hari ini dia bersekolah. Firdaus pula sesekali menerpa ke dapur apabila terbau sesuatu aroma masakan. yang sedang diolah.
Permintaan Fuad Amie dapat tunaikan, tetapi minta maaflah Abang Farid. Kalau tidak ada BDR mungkin Mommy boleh goreng udang salut tepung. Dah goreng ikan salut tepung untuk masak sos lemon, macam buat kerja dua kali pula nak goreng udang salut tepung juga. Amie masakkan juga udang tapi sekadar goreng garam kunyit saja. Sup sayur sawi Encik Suami paling mudah nak disiapkan.
Tiba-tiba terfikir, rupanya selalu kita lupakan atau ketepikan selera sendiri..... ahaks! Tak ada siapa tanya, Mommy nak makan apa hari ini? Tak apalah. Keluarga lebih utama. Untuk diri sendiri, Amie buat sambal geprek saja. Apa pun semoga seisi keluarga sentiasa kenyang dan gembira setiap kali menikmati hidangan yang disajikan.
|
Ikan Goreng Sos Lemon |
|
Sup Sayur Sawi & Tomato.
|
|
Udang Goreng Garam Kunyit
|
|
Sambal Geprek
|
|
Hirisan Buah Epal.
|
Amie gunakan sos lemon yang ditambah dengan jus lemon segar, dan kicap manis serta bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan sos. Amie goreng isi ikan alu-alu salut tepung jagung terlebih dahulu sebelum disiram dengan sos lemon. Sebaiknya tuang sos lemon ketika hendak dihidangkan supaya salutan ikan kekal rangup.
Ada yang suka tambahkan pewarna kuning untuk menghasilkan warna kuah sos yang cantik. Amie tidak bubuh pewarna sebaliknya tambahkan kicap manis untuk memberi warna lebih gelap pada sos lemon. Oleh kerana sos lemon sudah ada rasa manis, Amie tidak tambah gula. Cukuplah rasa manis sos lemon dan rasa manis dari kicap.
- 800 gram isi ikan alu-alu - boleh gunakan isi ikan putih / siakap/ merah/ dan lain-lain
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan tepung jagung
- minyak
Bahan sos lemon:
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 6 sudu besar sos lemon
- 1/2 biji lemon - ambil jusnya
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
- 2 sudu besar minyak
Cara memasak:
- Gaul isi ikan bersama lada sulah, garam dan serbuk kunyit. Perap selama 10 minit.
- Salut isi ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Dalam kuali lain, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga terbit aroma.
- Masukkan sos lemon, air, kicap manis dan jus lemon. Biarkan masak mendidih.
- Kemudian masukkan Maggi Cukup Rasa diikuti dengan bancuhan air tepung jagung.
- Kacau sehingga kuah pekat dan berkilat.
- Padamkan api dapur.
- Tuangkan kuah sos lemon ke atas ikan goreng salut tepung jagung tadi.
- Hidangkan segera.
Sukanyaaaa sos lemon. Saya pernah masak ayam sos lemon, anak2 kata sedap.. tapi macam tak berapa sampai rasanya kat tekak saya.
BalasPadamTak tahu ada sos jual sos lemon. Kena cari nih.
Mungkin sebab saya guna sunquick pekat tu kot agaknya.. Derhaka sangat kan... Hihihi
Sedapnya sambal geprek tu Amie.
BalasPadamIkan lemon tu pun nampak sedap dan mudah .
Nak kena cuba ni Amie sbb semua bahan ada dlm petiais
BalasPadamSedapnyaa Amie, nak kena cuba juga laaa ni...
BalasPadamnampak sgt menyelerakan.. yummy!!!
BalasPadamMasing-masing request makanan ye. Untung dapat. takpelah, Abang Farid mesti faham. dapat juga lauk udangnya. Ye kak amie, begitulah tukang masak di rumah. masak ikut selera orang, janji makanan habis dorang happy makan masakan kita. puji sedap, lagilah seronok dan hilang penat masak :)
BalasPadamaduh menunya sedap sungguh
BalasPadamsup sayur tu, terliur tgk
BalasPadamDulu masa saya kerja, saya selalu makan ikan sos lemon kat cafe ofis. Banyaknya request nak masak. Pening mak macam ni. Hehe.
BalasPadamMenarik. Nanti nak try weekend ni. Entahla mak ayah makan tidak. Huhu
BalasPadam