Pages

Jumaat, 12 Februari 2021

Kiriman Misteri dari Seremban, Negeri Sembilan!

Lebih kurang pukul 2 petang tadi, terdengar bunyi hon di pintu pagar. Abang Farid yang baru selesai solat Zohor berkata : Mungkin pos laju. Amie kata, hari ini cuti Tahun Baru Cina,  pos laju pun bekerja juga ke? Abang Farid keluar ke pintu pagar, dan kemudian masuk semula membawa bersama sebuah bungkusan. Mommy punya, kata Abang Farid.

Bungkusan dari mana pula? Terpapar perkataan J&T EXPRESS dan perkataan Shoppe di hujung bungkusan. Seingat Amie selepas terima kiriman minggu lepas dari Shah Alam, Amie tidak lagi membuat pesanan belian barangan online. 

Nama Amie, alamat dan nombor HP ditulis dengan betul. Nama pengirimnya pula, Amie tak pernah dengar atau kenal. Alamat, dari Seremban, Negeri Sembilan. Mungkin nama samaran dari rakan blogger. Ada dua orang rakan blogger yang meminta alamat Amie sebelum ini, dan ada tiga orang lagi rakan blogger yang akan menghantar hadiah untuk Amie.  Amie buka bungkusan dan rasa seronok sangat dapat bekas bertutup yang diperbuat daripada seramik.

Nama pengirimnya May Liu. Amie cuba ke 'rumah' rakan-rakan blogger yang mungkin Amie terlepas pandang nama May Liu. Tidak terjumpa pula nama tersebut. Akhirnya Amie cuba mesej nombor yang tertera pada bungkusan. Nombor tidak dapat dihubungi kerana kata HP Amie, nombor itu tidak ada. Oleh kerana 2 nombor tersebut sudah kabur, jadi Amie cuba lagi tukar nombor lain. Akhirnya nombor kedua dapat dihubungi. Amie tanya, siapa sebenarnya May Liu yang hantar bungkusan itu? May Liu minta Amie kirimkan nombor tracking, tapi nombor tersebut sudah separuh terpadam. Jadi tak dapat dibaca.

May Liu kata, mungkin seseorang telah membeli barangan seramik dan meminta pihaknya hantar kepada Amie.


Amie tidak dapat meneka siapakah pengirimnya. Amie harap kalau pengirim tersebut terbaca entri ini, bolehlah maklumkan kepada Amie. Rasa seram-seram juga ni dapat kiriman dari orang yang tak dikenali.... ahaks. Apa pun terlebih dahulu Amie ucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kiriman bekas seramik bertutup yang sangat cantik ini! Bolehlah Amie gunakan untuk isi makanan semasa ambil gambar untuk dijadikan entri.

Cantik sangatkan?

19 ulasan:

  1. Orang kata rezeki tak salah alamat..
    🤣🤣🤣
    Betul dah tu kan... Hihihi

    BalasPadam
  2. Saya pun dapat pengirim dari May Liu juga. Dah hubungi blogger melalui email untuk confirmkan tapi masih belum ada jawapan lagi kak Amie.

    BalasPadam
  3. Cantiknya bekas tu kak Amie...rezeki betul tu...

    BalasPadam
  4. cantikkkk nya periuk color biru niii

    BalasPadam
  5. Dah dapat jawapannya kak Amie. Dari Kak Syaz Rahim :)

    BalasPadam
  6. @uncle gedek Wah! Bukan kuning diraja saja, biru pun diraja juga.

    BalasPadam
  7. @Azhafizah MN Okey. Nanti bagitau Kak Amie ye kalau dah dapat tahu pengirimnya.

    BalasPadam
  8. Wah jadi rahsia. Hehe elok dapat periuk seramik.
    Ini baru kejutan.

    BalasPadam
  9. ni namanye baling periuk sembunyik tangan.. tapi rejeki jgn ditolak mak anmie khannns.. 😅😅😅

    BalasPadam
  10. Hadoi.. hadoi.. cantik dan mengancam..

    BalasPadam
  11. Cantik. Alhamdulillah. Rezeki. Ada dapat top pengomen mana-mana blog, kot, Amie.

    BalasPadam
  12. Cantik betul bekas seramik tu. Alhamdulillah rezeki Amie :)

    BalasPadam
  13. cantik seramik ni.. kena jaga betul2 kalau sumbing dh tak nampak cantik

    BalasPadam