Pages

Selasa, 9 Februari 2021

Asam Pedas Ayam dengan Nanas

Sepanjang hari ini cuaca elok saja. Tak panas dan tak hujan. Tiba-tiba menjelang Maghrib, terdengar bunyi rintik hujan di atas bumbung rumah! Biarlah hujan sepanjang malam. Tentu lena tidur dalam sejuk-sejuk hujan. 

Masak apa hari ini? Amie masak Asam Pedas Ayam dengan Nanas. Arwah MIL suka masak asam pedas ayam tapi gunakan bahagian kaki dan sayap ayam. MIL potong kecil-kecil. Apabila kami makan masakan asam pedas ayam MIL di kampung, rasanya sungguh sedap! Air tangan ibu mentua memang tak kalah enaknya dengan masakan ibu sendiri. MIL lebihkan kuah asam pedasnya yang sangat sedap. Makan nasi dengan kuahnya pun sudah cukup menyelerakan!

Di dapur sendiri, Amie gunakan bahagian sayap ayam sebanyak 6 ketul Amie potong dua. Sebenarnya masakan ayam ini lebih kepada memenuhi selera Abang Farid. Amie lebih suka kuahnya berbanding isinya. Selera Amie lebih kepada ikan selayang goreng cecah sambal kicap! Untuk lengkapkan hidangan, Amie tumis sayur kacang bendi dengan udang.

Asam Pedas Ayam dengan Nanas.

Ikan selayang goreng.

Kacang bendi tumis dengan udang.
Limau Mandarin.

Untuk masakan Asam Pedas Ayam dengan Nanas ini Amie gunakan nanas masak. Terasalah manis-manis manja, dan Amie seimbangkan dengan sekeping asam gelugur. Amie hanya gunakan serai dan daun limau purut sebagai penambah aroma masakan, dan tidak ada bunga kantan atau daun kesum. Jom lihat resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 6 ketul sayap (kepak) ayam - potong 2
  • 500 gram nanas masak - potong ikut suka
  • 4 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 liter air
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan serai.
  2. Setelah serai terbit aroma, masukkan pula bahan kisar. tumis dengan api sederhana hingga terbit minyak.
  3. Masukkan nanas bersama sayap ayam. 
  4. Kemudian tuangkan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan asam gelugur. Teruskan masak sehingga ayam empuk dan nanas menjadi layu.
  6. Masukkan pula daun limau purut.
  7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan. Biarkan seketika.
  8. Keluarkan asam gelugur.
  9. Padamkan api dapur.

18 ulasan:

  1. Menarik. Saya x pernah bubuh nanas dalam asam pedas.

    BalasPadam
  2. sedpanya..memang pebret kita asam pedas ni

    BalasPadam
  3. ASssalamualaikum kak..
    Wah saya tak pernah lagi buat asam pedas nenas. Nampak menyelerakan betul.

    BalasPadam
  4. Sedapnya.. boleh lah Kak Sue cuba nanti..

    BalasPadam
  5. Macam nak menjangkit jugak lauk Asam Pedas Ayam ni, hihi

    BalasPadam
  6. Wah nampak sedap asam pedas ayam ni.. tak pernah cuba dengan nenas. Mesti sedap!!!

    BalasPadam
  7. kat rumah tu edy cukup suka kalau dana masak asam pedas letak nenas... memang kadang dia ratah je, cumanya jangan guna nanas yang terlalu manis... jd tak berapa best

    BalasPadam
  8. asam pedas nenas ayam xpernah cuba lagi

    BalasPadam
  9. Haah tidak pernah lagi makan asam pedas dengan nanas.

    BalasPadam
  10. uiiii ni mkn dgn nasi panas dah pandang kiri kanan hehehe

    BalasPadam
  11. ahhh so sedapppp! boleh hirup kuah sampai licin kalo gini!

    BalasPadam
  12. Saya suka asam pedas & asam rebuz yang letak nanas.Lagi banyaknkali panaskan lagi sedap sebav mesra kuahnya

    BalasPadam
  13. Kacang bendi tumis dengan udang. !!! sedap ni

    BalasPadam
  14. Asam pedas ayam dengan nanas nampak sedap sangat. Esoknya boleh perangat lagi, cicah roti, memang marbeles! ^_^

    BalasPadam
  15. Tak pernah lagi makan asam pedas ayam dengan nanas. Nampak sedap gabungan dua bahan ni.

    BalasPadam