Pages

Ahad, 21 Februari 2021

Cekodok Pisang & Sarapan Dari Summer Sweet House

Selamat berhujung minggu. Pagi ini cuaca agak redup. Matahari memancar terang tapi tidak begitu panas. Angin bertiup nyaman. Pakaian yang dijemur menari-nari gembira menunggu diangkat apabila kering nanti. Lega rasanya kalau pakaian sudah tersidai di pagi hari! Seolah-olahnya telah selesai beban tugas besar.... ahaks! 

Apa cerita di dapur pagi ini? 

Kita buat cekodok pisang tapi Abang Farid kata dia nak makan sarapan dari Summer Sweet House. Amie kata, order sajalah kalau mahu makan. Malam tadi dia order 2 bungkus roti john, tapi cuma makan sekepng saja! Harap pagi ini seleranya bertambah.

Jadi, pagi ini ada dua jenis hidangan, iaitu  menu tempatan dan mmenu barat. Abang Farid order juga nasi lemak.

Jom sarapan pagi. Bismillah.

Cekodok pisang ini Amie buat daripada pisang berangan. Bubuh serbuk ENO  nak bagi lembut dan gebu. Amie tidak gunakan baking powder atau pun soda bikarbonat.

Waffle Chicken Burger


Apa benda Waffle Chicken burger ni?
Oooo.... Thick Belgian Waffle with chicken burger, telur mata sapi, mayonis, cheese and salad.

Abang Farid sarapan western food - scrambled eggs, chicken ham, tomato baked bean & 2 pieces toast. Alhamdulillah. Jabis dia makan.

Nasi Lemak Fish Chip. 
Sedap nasi lemaknya, Harum semerbak aroma santan kelapa bertemu daun pandan. Lauknya biasa saja, ada sambal tumis, kacang tanah dan ikan bilis goreng, timun, telur goreng mata sapi dan sekeping ca ikan.

10 ulasan:

  1. Banyak juga seleksi makanan sarapan.

    BalasPadam
  2. Meriah betul sarapan pagi minggu... Minggu depan Firdaus dah start sekolah yer... Selamat bersekolah Daus comel

    BalasPadam
  3. Sedapnya makan nasi lemak disulami jemput2 pisang

    BalasPadam
  4. wahh..sedapnya, gabungan timur-barat..
    waffle chicken tu menarik..tak pernah makan..

    BalasPadam
  5. Saya pun suka buat cokodok dari pisang berangan. Kalau Amie guna Eno, saya guna campuran tepung gandum dengan self raising flour. Nampak sedap waffle chicken burger.

    BalasPadam
  6. sarapan fancy mcm ni, i dont need to go anywhere anymore heheeh

    BalasPadam
  7. comel je cekodok pisang bulat2 tu..lamanya tk mkn

    BalasPadam
  8. Sarapan macam ni lama kenyang. Nanti nak try bubuh ENO dalam jemput-jemput pisang. Biar gebu

    BalasPadam
  9. suka mkn kodok isang ni tp bla melekat kat kuali tu waduhhhh montel2 coq akk buat yaaa

    BalasPadam
  10. Hidangannya sedap sedap. Tradisional dan western ikut selera masing-masing gitu

    BalasPadam