Pages

Selasa, 2 Februari 2021

A Taste of the Middle East di Mashawi Grill

Sambung lagi cerita lama sewaktu berada di Kota Kinabalu. Setelah 'sarapan pagi' di Kampung Salut, Jalan Sulaman, makan lokan dan puding kelapa dalam buah kelapa, kami makan tengahari di Sepanggar pula.  Tempat dituju ialah sebuah restoran Arab yang menawarkan banyak menu timur tengah yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan.  Haaa... kalau dah muak dengan hidangan makanan laut sepanjang berada di Kota Kinabalu, mari kita singgah di Mashawi Grill pula!

Mashawi (pronounced as Maa-sha-wee) means in Arabic as roasted, grilled or barbecued meat or vegetables on an open fire.

Ketika kami masuk ke restoran ini, nampak banyak pelanggan sedang menikmati hidangan. Banyak rupanya peminat masakan timur tengah!

Kami memilih Mashawi di Bandar Sepanggar kerana ruang makannya lebih luas dan selesa. Ada sebuah lagi Mashawi di bandaraya iaitu di Lot 30, Lorong Grace Square 2 Grace Court, Kampung Sembulan, Kota Kinabalu.


Antara menu yang ada di sini termasuklah Al-Aroz (nasi) Ada Single Mandhi Set dan Family Mandhi Set dengan pelbagai lauk seperti Chicken Mashawi, Chicken Kebab, Lamb Kefta, Beef Kefta dan Lamb Stew. Ada ayam, daging dan lamb roasted & grilled, soup & stew, hummus falafel dan sebagainya. 

Rose Tea

Apalah yang difikirkan oleh dua beradik ini. 
Sebentar lagi datanglah lamb kamu ke meja Fairuz.... ahaks!

Raja kambing sudah tentu memilih Lamb Kefta!

Nasi Arab pilihan Encik Suami berlaukkan Chicken Kebab.

Khubz Set ini menjadi pilihan Firdaus, dia nak makan Chicken Pita & the gang.

Amie punya : Turkish Pide Pizza. Pilihan topping, mix lamb & beef.

Puas hati makan di sini:
Semua makanan yang dihidangkan sedap.
Khidmat mesra dan pantas.
Harga sangat berpatutan.
Ruang makan selesa.

6 ulasan:

  1. Sesekali selera ke Timur Tengah sedap juga. Nampak sedap dia dari gambar Firdaus tu. Gambar paling win :)

    BalasPadam
  2. Terliur plak SA tgok Firdaus tu makan ha....terlapar tanpa sengaja dah SA ni

    BalasPadam
  3. Telan air liur tengok kambing. Kat tempat saya swjak viral daging lembu import tiada sijil halal tu, saging kambing pula melambong. Hanya mampu tengok sambil beli ayam sahaja la sekarang ni... Hihihi

    BalasPadam
  4. Firdaus ni memang pandai makan la. Seronok tengok. Nampak sedap semua menu masakan middle east.

    BalasPadam