Masih lagi entri sewaktu berada di Kota Kinabalu. Cerita makan-makan saja. Balik hotel tidur. Sejuk di luar disebabkan hujan, sejuk dalam hotel disebabkan pendingin hawa. Kalau tak ingat nak balik LD memang nak duduk lama-lama di sini.
Ada satu petang, selepas selesai shopping, kami singgah makan di Chicken Rice Shop Suria Sabah. Perut masih rasa kenyang. Jadi kami order Triple Feast sahaja, dengan 3 pinggan nasi. Ada satu set Nyonya Pai Tee 4 ketul dengan pencecahnya sekali. Benda inilah yang sampai dulu ke meja.
Firdaus tak sabar menunggu hidangan lengkap sampai. Katanya, nak makan Nyonya Pai Tee. Kami pesan lagi sepiring berisi 6 ketul.
Dengan mata layu menahan mengantuk, dimakannya juga ketul demi ketul Nyonya Pai Tee siap cecah sosnya sekali.Sebenarnya di tangannya itu merupakan Nyonya Pai Tee yang ketiga masuk ke perutnya. Nyonya Pai Tee pertama, Firdaus makan dari piring yang berisi 4 ketul, dalam set Triple Feast.
Ada lagi empat ketul di hadapannya.
Nyonya Pai Tee keempat sudah diangkat! Padahal dalam mulutnya Nyonya Pai Tee belum turun ke perut!
Amie tegur: Adik makan pai tee banyak tu, nanti nasi nak letak belah mana? Perut dah penuh. Daus tak mahu makan nasi, jawabnya.
Dengan mata layu, terus makan Nyonya Pai Tee.
Sekarang Nyonya Pai Tee kelima pula.
Sementara itu lauk-pauk nasi ayam pun tiba satu persatu di meja makan.
Sepatutnya Firdaus makan nasi ayam, tapi katanya sudah kenyang makan Nyonya Pai Tee.
Ada ayam kukus dan ayam panggang. Meratahlah Encik Suami berdua dengan Fairuz.
Amie makan rojak buah saja.
Senang hati betul Firdaus! Perutnya sudah kenyang makan 7 ketul Nyonya Pai Tee. Nasinya beralih masuk perut Fairuz pula.
Fav sangat dengan paitee 😘😘
BalasPadamAlamak, tengok Firdaus makan pai tee baru teringat ada beli kulit pai tee.Esok kena cari bahan inti dia ni. Sedapnya letak sayur, sos & tabur kacang tanah tumbuk
BalasPadamsuka betul Firdaus makan pai tee tu ek!
BalasPadamLama tak makan kat chicken rice shop. Pai tee diorang memang sedap
BalasPadamSaya pun tak cukup sepiring Nyonya Pai Te tu. Favourite!
BalasPadamFirdaus pun sama ye..itu yang layu layu mata pun mampu lagi menyuap dalam mulut.
favorite menu ! smua yg ats meja tu mmg favorite
BalasPadamSuka dia makan pai tee bagus la sebab pai tee byk sayur
BalasPadam