Pages

Sabtu, 6 Februari 2021

Makan Malam Berdua di Souq Garden

Bermalam di Hotel Raia @ Tabung Haji bagi Encik Suami tidak lengkap kalau tidak makan masakan Arab @ Timur Tengah di Souq Garden. Fairuz dan Firdaus memang nampak keletihan. Awal-awal lagi kedua-duanya sudah tarik selimut. Fairuz sudah tidak mampu buang selimut, katanya sejuk! Memang sejuk sangat dengan hujan hingga ke malam, dan sejuk pendingin hawa.

Oleh kerana Encik Suami bersungguh-sungguh mengajak turun ke Souq Garden beberapa kali, tak sampai hatilah pula untuk menolaknya. Dalam hati berkata, kita akan temankan dia makan saja. Tapi, akhirnya tergoda juga dengan menu yang disediakan. jadi, pilih sajalah menu kegemaran.

Masing-masing memesan nasi kegemaran dan minuman panas. Minuman panas yang Amie pesan, teh tarik halia. Aduuuhhh.... sedapnya ya ampuuun!

Setiap kali kali datang ke sini, termasuk sewaktu Firdaus masih baby, memang di sinilah tempat duduk yang kami pilih. Di bahagian tepi, dan hujung sekali. Pernah makan sahur di sini bersama Fuad, dan rakan kolejnya, Anis Syazwani. Ketika itu kami hantar Fuad dan Anis mendaftar di Kolej Matrikulasi Labuan pada bulan puasa. Awal paginya selepas solat Subuh, kami bertolak dari sini menuju ke Menumbok untuk menaiki feri ke Labuan.


Kali ini kami duduk di meja nombor dua dari hujung sekali. Dulu, biasanya  kami duduk di sini, dua meja digabung jadi satu.

Keesokan paginya kami bersarapan di hujung sanun.

Lamb Mandhi


Chicken Beryani


Kambing biri-birinya sangat lembut, terlerai dari tulang. Ini Amie punya... ahaks. Nasinya pun sangat sedap, tidak rasa terlalu berempah.  Teringat si raja kambing yang sedang lena tidur. Fuad pun hantu lamb juga sebenarnya! Tapi sayang, Fuad tak boleh ikut kami sebab tuntutan kuliah onlinenya setiap hari perlu dihadiri.


Encik Suami lebih suka makan nasi ayam beryani. Jadi malam malam kami berlaukkan ayam dan kambing biri-biri serta minuman panas. Moga Encik Suami gembira malam itu sebab dapat menjadi teman makan malamnya.

13 ulasan:

  1. Wah dapat berdua makan tenang-tenang, borak. Hehe dapat bayangkan.

    P.S: Pernah tinggal di Labuan.

    BalasPadam
  2. Sesekali dating berdua, Firdaus dan Fairuz bagi chance kat mommy dan encik suami dinner table for two.Hihi.
    Rare tu kambing biri-biri. Siapa peminat kambing mesti suka. Saya peminat ayam :)

    BalasPadam
  3. Rugi kalau terlepas ni kak amie. Nampak menyelerakan sungguh semua hidangannya.

    BalasPadam
  4. @NA Betul tu. Banyak kenangan lama diimbau kembali.

    BalasPadam
  5. @Azhafizah MN Budak berdua tu memang penat sangat. Kambimh tu sangat lembut, orang sakit gigi pun boleh makan hihihihiii.

    BalasPadam
  6. @Puan Hazel Kan. Bukannya selalu dapat masuk Souq Garden ni. Time pi KK, kalau bermalam di hotel ini barulah dapat makan.

    BalasPadam
  7. dating ye.. sporting semua F.. sengaja tu nk tdo awal konon... hehehe

    BalasPadam
  8. Sekali-sekala dating berdua, for dinner. Hehe.. Sedapnya lamb mandhi dan chicken briyani. Saya suka lamb. :)

    BalasPadam
  9. sedapnyaaa nasi arab.. last makan di KL.
    kalau rajin nk masak sendiri, boleh makan berulang kali

    BalasPadam