Pages

Khamis, 21 Januari 2021

Six 55 Casa De Norde

Selepas daftar masuk di Kudat Golf & Marina Resort, kami menunaikan solat jamak takhir dan berehat seketika. Hujan masih renyai-renyai. Apabila sudah jumpa katil, rasanya malas untuk keluar lagi tetapi perut pula minta diisi. Makanan terakhir kami pada hari itu ialah ketika bersarapan di R&R Dataran Bengkoka Pitas. Kami pun turun ke tingkat bawah menuju ke Six 55 Casa De Norde, restoran di hotel tersebut yang menghadap kolam renang.

Firdaus sangat teruja untuk menjamah hidangan pilihannya.



Teh Tarik Halia kegemaran Fairuz

Hot Lipton Tea



Marina Special Fried Rice

Encik Suami memesan Marina Special Fried Rice. Ada 3 ekor udang goreng saiz besar dan seketul sayap ayam goreng dan telur mata. Sedap kata Encik Suami.

Chicken Hunter

Memang kenyang sungguhlah Firdaus meratah kepingan ayam goreng rangup sos bbq dengan french fries. 

Lamb Hunter

Nampaknya semua bujangan kami ada gelaran. Abang Farid raja ayam, Fuad raja ikan, Firdaus raja telur dan Fairuz pula raja kambing! Ke mana-mana kami pergi, memang Fairuz tak akan lepaskan peluang sekiranya ada menu kambing! Mesti dia pilih hidangan itu. Kali ini Fairuz memenuhi seleranya dengan grilled lamb chops sos lada hitam. 
Dan hidangan Amie pula, fish & chips.

Marina Fish & Chips

Kepingan ikan goreng ini nampak kecil tetapi sebenarnya saiznya besar!

Memang kenyang sangat makan Marina Fish & Chips ini. Amie beritahu Encik Suami, tak perlulah keluar ke bandar Kudat untuk mencari makan malam nanti. Lagi pun kami pesan menu tambahan iaitu sayap ayam goreng.

Golden Chicken Wing

Menikmati hidangan di kala hujan gerimis petang!

Selesai makan, hujan gerimis berhenti tetapi tidak lama.
Firdaus dan Fairuz ambil kesempatan untuk mandi di kolam renang.
Apabila hujan bertambah lebat, terpaksalah Fairuz dan Firdaus meninggalkan swimming pool.


9 ulasan:

  1. FIRDAUS NAMPAK BERSELERA MENGADAP HIDANGANNYA

    BalasPadam
  2. Food plating dia menggoda betul. Kemas! Terbaik lah. Nampak keterujaan Firdaus tengok makanan tu. Teh halia tu nampak best betul buih buih tarik.

    BalasPadam
  3. bestnyaaaa!!!! jenjalan lagi.. firdaus makan sedap2.. jealous tgk

    BalasPadam
  4. Comel betul tengok SI Firdaus tu mengadap ayam gorengnya, hehehe

    BalasPadam
  5. Semua nampak sedap. Udang tu besar ye, memang berbaloi. Saya team Fairuz, raja kambing! Lagi-lagi lamb chop gitu. Ayam saya kurang gemar. Kalau ada ayam atau ikan, saya pilih ikan.

    BalasPadam
  6. Sedap betul tengok gambar hidangan semua. Comei la Firdaus. :)

    BalasPadam
  7. Memang bikin goyang lidah ni.. Hihihi

    BalasPadam
  8. Amboi Firdaus...bukan main lagi tu...boleh habis tak tu..kalau x abis boleh la panggil aunty tolong habiskan...hahaha

    BalasPadam