Ketika menemani Firdaus menyiapkan kerja sekolah, rasa hendak tertutup kelopak mata menahan rasa mengantuk! Terasa ingin lelapkan mata seketika tetapi waktu Isya' belum tiba pula. Jadi sambil menunggu Firdaus menulis latihan, baiklah masuk dapur maya sebentar. Sambil mengetuk butang keyboard sambil memantau kerja-kerja Firdaus. Hari in banyak pula mata pelajarannya berbanding kelmarin. Apabila guru kelasnya kongsi jadual waktu, hari Isnin hingga Jumaat ada 5 mata pelajaran, manakala hari Rabu dan Khamis hanya 4 mata pelajaran pula.
Kelmarin Amie kongsikan kerja-kerja sekolah Firdaus melalui WhatsAap keluarga. Amie minta tolong Abang Farid bantu Firdaus. Empat latihan mata pelajaran yang diberi, hanya satu yang Abang Farid bantu Firdaus siapkan iaitu Bahasa Inggeris. Abang Farid pun sibuk dengan kelas onlinenya. Petang itu juga Amie suruh Firdaus siapkan latihan Matematik kerana guru subjek tersebut minta hantar hasil latihan. Encik Suami pula menerima maklumat PDPR dari sekolah agama Firdaus pula. Kalau dua-dua PDPR sekolah kebangsaan dan sekolah agama bercampur dalam HP Amie, tak tahulah apa nak jadi. HP Amie pun sudah penuh dengan PDPR sendiri. Tahun lepas HP Amie rosak gara-gara PDPR sehingga terpaksa beli baru.... ahaks!
Petang tadi Amie masak Ikan Kukus Taucu. Kali ini Amie masak ikan kambing... emmbeeekkkkk! Tak tahu kenapa namanya ikan kambing! Warna sisiknya hitam. Bentuk badannya seakan-akan sama dengan ikan merah. MIL suka kukus ikan ini. Isi ikan kambing sangat lembut. Apabila Abang Farid ternampak Amie kukus ikan kambing, dia pun teruja untuk makan! Jadi, tak perlulah masak ayam untuknya. Sebelah paginya Encik Suaminya sudah belikan sarapan untuknya, mee hoon goreng dengan ayam goreng. Menjelang senja, Amie gorengkan lagi untuknya mee hoon goreng, dengan ayam juga. Katanya tak puas makan ikan kambing kukus!
Selain Ikan Kukus Taucu, Amie tumis sayur kobis tambah sayur sawi dan lobak serta udang basah. Amie juga buat acar telur hitam atau egg century.
Ikan Kambing Kukus Taucu |
Tumis Sayur Kobis Campur Sawi & Lobak Merah |
Acar Telur Hitam @ Egg Century |
Limau Sunkist & Kiwi |
- 1 ekor ikan kambing seberat 1kg
- 2 cm halia - hiris halus
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 3 biji bawang merah - hiris
- 1 sudu besar sos ikan
- tomato ceri merah & kuning untuk hiasan
- 2 sudu besar taucu manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 3/4 cawan air
- Didihkan air di dalam periuk pengukus.
- Sementara itu sediakan dulang tahan panas dan letakkan ikan di atasnya.
- Susun halia, bawang putih dan bawang merah di atas ikan.
- Kemudian renjiskan sos ikan secara merata.
- Ketika ikan sedang dikukus, campur kesemua bahan sos di dalam periuk kecil, dan masak dengan menggunakan api sederhana. Kacau sehingga sos mendidih dan pekat. Padamkan api dapur.
- Setelah 5-7 minit ikan dikukus, buka penutup periuk pengukus, dan tuangkan sos taucu. Masukkan juga tomato ceri merah & kuning.
- Tutup semula periuk pengukus dan biarkan masak sehingga 3-5 minit lagi.
sedap amie sekali sekala tukar selera macam ni :)
BalasPadamNampak sedap2 belaka
BalasPadamikan kambing eh, unik betul nama ikan ni. Raja ayam pun suka makan ikan ni. Nampak sangat ikan ni memang sedap di makan. Sistem PdPR ni mencabar. Bukan hanya perlu ada kemudahan internet dan gadget/komputer. Masa pun perlu ada juga.
BalasPadamthank you sharing resepi kak amie :)
BalasPadamKalau kukus saya pulak jarang tambah bawang merah, tapi akan letak bawang putih lebih. Tambah sos tiram sikit. Maybe boleh try stail kak Amie. Ubah selera
BalasPadamLama saya tak kukus ikan. Tak pernah makan ikan kambing ni.
BalasPadamYe la, anak saya pun baru lepas download buku teks maya, sampai 7 Gigs, saiz. Penuh la space komputer dia.
Ikan kambing? uniknya nama dia hehehe
BalasPadamPdPR..Cabaran anak-anak nak belajar tahun ini. Ibu-ibu pun kena belajar sekali :)
Sedap nampak tu cikgu.. Saya belum pernah cuba masak dengan ikan.Nanti bokeh cuba. Kalau dengan ayam selalu juga masak stim taucu pedas ni
BalasPadamIkan kambing? SA x pernah dengar kak..tapi tengok semua hidangan tu ha..amboi...lapar terus perut SA malam ni...
BalasPadamIkan kukus sedap..tp tak pernah jumpa lg ikan kambing
BalasPadam