Hari ini mendung dan hujan gerimis di sebelah pagi. Temharai pun redup saja. Menjelang petang matahari memancarkan cahayanya tetapi masih berlindung di balik awan. Nyaman saja suasananya. Inilah yang membuatkan kelopak mata hampir terlelap!
Teringat Firdaus belum menyelesaikan tiga lagi tugasan mata pelajarannya, cepa-cepat Amie pergi ke dapur. Ambil sejempu bunga putih rose chrysantemum dan masukkan ke dalam periuk kecil. Tuangkan air dan campakkan beberapa ketul gula batu. Renih dengan api perlahan. Jom cari kudap-kudapan yang boleh dikunyah. Kita temankan secawan rose tea chrysantemum panas dengan peanut bar cookies.
|
Secawan Rose Chrysanthemum Panas & Peanut Bar Cookies |
|
Peanut Bar Cookies |
Harap kelopak mata dapatlah terus segar sebagaimana kelopak bunga rose chrysanthemum ini mekar dari kudupnya!
Cantikkan apabila kudup bunga rose chrysanthemum ini mula mekar! Ada beberapa kelopaknya timbul ke permukaan cawan.
Apabila panas berkurangan, kuntuman bunga pun mula tenggelam ke dasar cawan. Cepat-cepatlah hirup sementara masih panas dan harum. Selepas menghabiskan secawan, badan terasa segar dan berpeluh.
Nak suruh Firdaus sambung buat kerja sekolah, tapi budak kecil itu ikut Encik Suami bersihkan laman. Memang Firdaus suka melihat-lihat tanaman di sekeliling rumah sebab dia boleh melihat burung kecil menghidap madu bunga dan rama-rama berterbangan. Biarlah dahulu Firdaus bermain di laman. Latihan Matematik dan Pendidikan Islam sudah disiapkan. Malam nanti boleh sambung kerja mata pelajaran yang lain.
bestnya..mesti wangi tehnya..
BalasPadamsaya pun sesekali minum rose tea bud ni. Suka bau aroma rose tu bile terendam dengan air panas. Sedap diminum guna pemanis gula batu. memang cantik rose bud tu. saya simpan sikit buat props untuk gambar :)
BalasPadamDah hampir lupa saya masih ada baki teh bunga rose ni. Tengok cikgu minum teringin la pula.. Hihihi
BalasPadam@nohas Ya, aromanya lembut dan menyegarkan.
BalasPadam@Azhafizah MN Bestkan baunya tu Fiza. Boleh jadi aroma therapy pula.
BalasPadam@namakucella Haaa... cari bakinya, terus renih / rendam dengan air panas. Minum sikit-sikit heheheee.
BalasPadamteringin pulak nak rasa teh ni...
BalasPadamLama x rasa teh macam ni...kalau minum ni sure rasa tenang je...dapat plak scone ke..cream puff ke...
BalasPadamTak pernah kudap gini lagi.
BalasPadamPeanut Bar Cookies tu menyelerakan sungguh :D
BalasPadamfancy tea time mcm ni mmg suka! hehehe
BalasPadam