Pages

Isnin, 25 Januari 2021

Makan Nasi Goreng di Gerai Esplanade Sidek Kudat

Sekembalinya kami dari Kota Marudu, kami singgah makan di bandar Kudat. Badan letih. Perut pun lapar. Sepanjang hari meredah panas dari pagi, menjelang tengahari hingga ke petang sekejap hujan sekejap teduh.

Sudah dua hari asyik makan makanan laut, ikan, udang dan sotong, di Pitas dan juga di Restoran Kampung Kelapa. Nampaknya tempat yang kami kunjungi ini merupakan deretan gerai dan restoran di Esplanade Sidek Kudat yang menawarkan pelbagai makanan laut yang segar! Kali ini kami hanya pesan makanan yang ringkas sahaja iaitu nasi goreng.

Hidangan pertama tiba di meja ialah nasi goreng  pesanan Firdaus.  Walaupun nampak serba ringkas, tapi rasanya sangat sedap. Itu kata Firdaus.

Minuman panas dan minuman sejuk.
                  

Selain makanan goreng-goreng kami beli sate di gerai sebelah, dan bawa makan di gerai nasi goreng. Tak ingat dah nasi goreng apa yang Encik Suami dan Fairuz pesan. Amie pilih kuey teow basah.

Seperti biasa, setiap hidangan yang tiba disertakan sekali dengan semangkuk kecil sup kosong. Nampak berselera sungguh Firdaus makan nasi gorengnya. Kepingan kuning di hadapan nasi gorengnya itu bukannya telur dadar. Tak silap Ame ayam masak butter.

Alhamdulillah. 
Sudah kenyang dik?
Belum, katanya. 
Firdaus minta tambah nasi goreng. Encik Suami sudukan nasi gorengnya ke dalam pinggan Firdaus. Wah! Malam itu Firdaus menambah nasi goreng dalam pinggan. Lapar atau sedap dik?
Sebelum kami melangkah pergi meninggalkan gerai makan ini, kami sempat beli pisang goreng  untuk dibawa pulang. Sampai ke hotel, Firdaus sekali lagi sambung makan. Lebih separuh pisang goreng masuk ke perutnya.
Malam itu, Firdaus tidur sungguh lena!


6 ulasan:

  1. Adik Firdaus makan nasi goreng bertambah sebab sangat sedap tu kak Amie.

    Semua menu tu nampak sedap kak, walaupun simple, rasa itu nombor 1!

    BalasPadam
  2. Berselera betul firdaus makan. penat berjalan lapar sangat tu. ke memang sedap :)

    BalasPadam
  3. sedapnya makanan yg terhidang tu kak :)
    amboi si kecik tu mkn xpndang kiri kanan dah heheee

    BalasPadam
  4. Semua nampak sedap bila makan dgn family lagi la berselera kan

    BalasPadam
  5. Apple juice ka tu ? sedapnyaaa tgk

    BalasPadam
  6. Selera tengok Firdaus makan. Penat berjalan ye. :)

    BalasPadam