Pages

Ahad, 24 Januari 2021

Walai Tobilung

Walai Tobilung ialah sebuah pusat kebudayaan etnik Tobilung yang terletak di Kg Minansad, Kota Marudu. Kami tiba di sini agak lewat petang, dan pusat tersebut akan ditutup pada pukul 5 petang. Jadi kami mempunyai sedikit masa sahaja untuk berada di sini.

                       

Kami disambut mesra dan dilayan dengan baik oleh petugas di situ iaitu Cik Siti dan Cik  Casey. Daripada merelah Amie dapat info tentang sub-kumpulan dari etnik Kadazan-Dusun iaitu Tobilung. Mereka merupakan penduduk  yang tinggal di pertengahan antara Kota Belud dan Kota Marudu.


Di Sabah, terdapat lebih kurang 51 etnik dalam rangkaian suku kaum Dusun dan Kadazan Ratusan tahun yang lalu, suku Tobilung dikatakan menetap di Kampung Tatahan, Inanam, Kota Kinabalu. Ketika kampung tersebut dilanda penyakit kusta, suku kaum Tobilung mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain bagi mengelak jangkitan penyakit berbahaya tersebut. Dan kini suku Tobilung menetap di beberapa kawasan daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.




Pelamin, tempat duduk pengantin etnik Tobilung.


Mari kita kenali dengan lebih dekat budaya atau cara hidup etnik Tobilung ini.


Firdaus pantang jumpa gong. Dicarinya kayu untuk pukul gong! Dik, itu bukan pemukul gong. Itu kayu kulintangan!

Seronok betul dia bila  dibenarkan pukul kulintangan!








Ini ialah kinsaran, sejenis alat yang diperbuat daripada kayu untuk mengisar jagung dan padi.

Lesung kayu.






Asal-usul etnik Tobilung.

Tangga kayu rumah tradisional etnik Tobilung.

Jom kita naik ke tingkat atas untuk melihat rumah tradisional etnik Tobilung.

Binaan rumah diperbuat daripada kayu dan susunan buluh.

Pintu masuk ke dalam rumah.

Keadaan di dalam rumah.

Terima kasih Cik Siti dan Cik Casey yang banyak memberi penerangan tentang rumah tradisional etnik Tobilung. 

Menurut Casey, bekas di atas para ini digunakan untuk menyimpan beras. 

Casey juga sempat bercerita tentang lagenda tempayan di sudut dapur ini.

Kata Casey lagi, ruangan ini merupakan dapur. Di sinilah anak-anak gadis akan tidur manakala anak lelaki pula tidur di ruang tamu.

Tempayan besar ini mempunyai kisahnya yang tersendiri, tetapi Amie  tak ingat sepenuhnya apa yang diceritakan oleh Casey. Nak tulis di sini takut tersalah info.
                               

Sekarang kami berada di luar rumah.




Nampaknya hanya setakat ini sahajalah tempat yang sempat kami teroka.



Ada sepohon limau dengan buahnya yang berjuntaian di tepi kolam berhampiran pintu masuk Walai Tobilung. Kata Cik Siti, kalau buah limau ada yang masak boleh petik. Limau ini jenis limau manis.

Amie petik sebiji sahaja limau manis ini. Terima kasih Cik Siti dan Cik Casey.

Sebaik sahaja kami meninggalkan Walai Tobilung, hujan pun turun renyai-renyai. Encik Suami belokkan kereta ke simpang jalan menuju ke Rumah Panjang Rungus Kampung Bavanggazo. Terlupa pula ketika itu jam sudah menunjukkan angka 5 petang! Dan tempat tersebut sudah tentulah ditutup.


Untuk tidak merasa hampa, kami berhenti sahaja di papan tanda Maranjak Longhouse Lodge. Sekurang-kurangnya boleh merakam gambar bukti sudah masuk ke kawasan Rumah Panjang Rungus. Ketika gambar ini diambil, hujan gerimis membasahi bumi.

Sambil bergambar di sini, telinga sempat mendengar deru air sungai mengalir laju di seberang jalan! Apa boleh buat. Musim hujan sedang melanda. Di sini hujan di sana pun hujan. Siang hujan. Malam pun hujan. Pagi hujan, tengahari dan petang pun hujan. 
Marilah kita balik ke tempat penginapan di Kudat.

10 ulasan:

  1. tempat yang menarik. Tambah ilmu pengetahuan dan melihat peralatan tradisional zaman dulu. Sukalah tengok kraftangan tu. Firdaus seronoklah main kulintangan tu ye

    BalasPadam
  2. Wah serius cantik sangat tempatnya,hijau, damai..rumah2 dari buluh tu effectnya sejuk takyah guna aircon.
    Kulintangan eh..seronok anak amie dpt berekspresi dengan kulintangan tu.
    Alat kisar tu kalo di terengganu saya ingat dia dibuat dari batu, skrg takde dah. Yang lesung tu kat rumah arwah mak masih ada, makcik guna utk tumbuk ikan buat keropok leko utk mkn kt umh je, bkn utk jual.

    BalasPadam
  3. unik rumah tradisi cuma dibina dgn bahan2 alam sedia ada

    BalasPadam
  4. Kita lupa nak komen apa bila tengok muka Firdaus yang cute, hihi

    BalasPadam
  5. cantik rumahnya, mesti kalau malam sejuk je tuh kan kak...
    pelaminnya pun simple... suka tengok rumah jenis guna kayu atau buluh gini...

    BalasPadam
  6. Rumah dia mesti sejuk, sebab dibuat dari buluh dan kayu.

    BalasPadam
  7. Saya suka lawat tempat macam ni. Boleh tau banyak tentang cara hidup bangsa lain. Baru tau etnik Tobilung ni. Thanks share

    BalasPadam
  8. Wahhh excited adik firdaus main kulintangan ekkk...

    Sangat nenarik melawat ke lokasi sebegini. Sebab boleh tengok, belajar dan dapat tahu tentang budaya, kaum dan etnik lain.

    BalasPadam
  9. Cantiknya tempat no ntah bila la mmbolrh sampai sana

    BalasPadam