Jumpa lagi. Sembang dari dapur diteruskan. Petang tadi sebaik melangkah masuk ke dapur ada dua bekas bungkusan nasi berlauk ayam. Rupanya Abang Farid beli online. Satu bungkus untuknya dan satu bungkus lagi untuk Firdaus. Fuad dan Fairuz belum makan nasi. Senanglah kerja Amie, masak apa yang ada dan tak perlu masak ayam untuk Abang Farid.
Amie masak Daging Goreng Kicap. Amie gunakan daging lembu segar bahagian peha. Kalau boleh hiris tipis-tipis dan lebar-lebar. Perap dengan garam kunyit dan goreng hingga garing. Kali ini Amie gunakan perkaran 'garing' dan bukannya masak. Kalau 'masak' tidak semestinya garing, tapi kalau garing sudah semestinya masak! Kemudian Amie goreng dengan bahan perencah dan bubuh kicap. Memang raja ikan (Fuad) petang tadi bertukar jadi raja lembu pulak ketika makan! Katanya, sedap betul daging ini. Bagus nya Abang Farid tak mahu makan. Jadi saya boleh habiskan!
Memang Abang Farid tak suka makan daging lembu. Huurrmmm..... susahlah Abang Farid kalau macam ni. Nak makan ayam saja.
Daging Goreng Kicap |
Selain Daging Masak Kicap, Amie masak sayur campur-campur sendawan butang dengan kacang manis, lobak merah dan tauhu. Semuanya lebur sekali harung dalam kuali, tambahkan sos tiram. Siap! Teringin pula nak makan ikan masin sebab ada sambal belacan! Jadi, sewaktu nasi mula kering Amie masukkan seekor ikan masin. Kononnya ikan masin kukus. Memang begitulah Bonda selalu buat kalau nak kukus ikan masin. Masukkan saja dalam periuk nasi ketika air mula mengering. Nasi tanak, ikan masin pun masak.
Sayur campur-campur cendawan butang, lobak merah, kacang manis dan tauhu. |
Ikan masin kukus, egg century, mentimun dan tomato. |
Sambal belacan kaw kaw! |
Limau Sunkist. |
Hari ini Amie masak nasi beras Bario yang kami beli di Kundasang. Ikut pusingan jam, Daging Masak Kicap, sayur campur-campur, sambal belacan, limau Sunkist dan masuk tengah sikit untuk jumpa ikan masin, egg century, timun dan tomato.
Mari kita lihat resipi Daging Masak Kicap yang ringkas dan mudah tetapi sangat sedap! Ratah begitu sajalah pun terasa enaknya. Masakan ini tidak berkuah sebab nak kekalkan kegaringan daging lembu goreng.
Bahan-bahan:
- 500 gram daging lembu bahagian peha - hiris tipis - perap dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kesil serbuk kunyit selama 20 minit - goreng hingga garing - toskan
- 3 biji kentang - kupas kulit , potong ikut saiz yang disukai - goreng hingga kuning keemasan - toskan
- 2 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 labu bawang besar - potong bulat
- 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
- garam / gula / perasa pilihan - jika perlu
- minyak untuk menggoreng
Bahan penumis:
- 2 cm halia - hiris halus
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 3 biji bawang merah - hiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
Cara:
- Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan daging lembu, dan goreng semua bahan penumis hingga terbit bau dan layu.
- Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
- Tuangkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Gaul rata.
- Taburkan lada putih. Jika kurang rasa, boleh taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Nampak sedap betul lauk daging tu!!! Makan macam tu je dengan nasi hangat mesti sedap!!
BalasPadamApa rasa egg century tu kak Amie?
Sedapnya daging masak kicap kak amie. Sedap potong nipis dan lebar. Betul betul raja ayam farid tu kak. hihi..daging pun tak makan juga. Cendawan campur ratah pun sodap.
BalasPadamSedap2 semuanya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Sedapnya..saya pun menu hari ni daging masak kicap juga :)
BalasPadamsambal belacan mengancam betul tu
BalasPadamMasak daging harimau menangis tu macamana pulak ya. Katanya pakai daging
BalasPadamBila tengok.ni tetiba teringin pula kite
BalasPadamdaging kicap my forever favorite :)
BalasPadamdh rupa mcm daging harimau menangis la pulak
BalasPadamSimple masak, tapi sedap! Sini susah nak jumpa daging lembu segar. Yang frozen, dah takut nak beli.
BalasPadamFavourite SA jugak ni kak amie..selalu masak..dan lebih suka guna Australian Beef
BalasPadam