Jumpa lagi di kala senja hampir menjelma. Awal pagi tadi, sebaik sahaja terjaga dari tidur, sudah kedengaran bunyi hujan. Ketika membuka pagar, hujan masih turun tetapi renyai-renyai. Kelihatan takungan air di bawah pokok epal bidara di penjuru laman. Pukul 5:45 pagi, memandu ke tempat kerja, dan di pertengahan jalan jadi agak takut kerana tiba-tiba hujan sangat lebat sehingga tidak dapat melihat jalan raya dengan jelas walaupun buka lampu kereta. Dan sepanjang hari sehingga pulang dari kerja, hujan masih turun! Di sana-sini sudah banyak takungan air!
Seorang rakan sekerja terpaksa pulang ke rumah kerana sang buaya sudah berada di belakang rumahnya! Air sungai sudah melimpah ke daratan! Nampaknya bukan sahaja bujang senang Sarawak bersiar-siar di musim hujan, tetapi di Sabah pun tidak kurang juga bujang-bujangannya! LD banjir! Banyak kawasan yang ditenggelami air. Kalau dengar berita, banjir di sana sini di beberapa daerah di Sabah termasuk Pitas, Kudat, Putatan, Penampang, Tuaran, Paitan, Beaufort dan hari ini setelah beberapa hari hujan, Lahad Datu pun mula ditenggelami air!
Mudah-mudahan segala bencana alam dan mala petaka wabak Covid-19 segera diangkat dari bumi ini. Allahu Akbar!
Itulah antara sembang kami ketika teman berteman bersama Encik Suami sambil menghirup minuman panas teh halia di dapur.
Minum Teh Halia & Kuih Bunga Tausa |
Kuih Bunga Tausa |
Kuih tausa ni bentuk asalnya bulat kan, kak? Cantik pula dibuat panjang berjalur begitu.
BalasPadamSemoga Kak Amie dan keluarga baik-baik sahaja di sana.
@Farrah MF Ya. Ada yang bulat ada yang persegi, dan ada juga bentuk bunga (kalau di LD).
BalasPadamRasa halia kalau dibuat minuman memang saya tak boleh kak amie. pernah cuba beli teh halia. tak boleh masuk tekak ni. huhu
BalasPadamLama tak nampak kuih tausa ni. Dulu kecik kecik suka gak makan. tapi kuih lama lama ni kalau zaman sekarang ni rasa dia tak sesedap dulu.
teringin nya nak rasa kuih tausa ni. rasa dia mcm mna?
BalasPadamTak pernah makan kuih Tausa.
BalasPadamSemoga banjir di Sabah makin surut. Di sana pun banyak bujang senang ye. Adoi seram ni
Menarik nampak kuih tu..cepat la PKP tamat..x sabarnya nak bercuti kat tempat kak amie..nak rasa sendiri makanan kat sana especially kuih tausa tu
BalasPadamTeh tarik halia..sedap tu..boleh buang angin dlm badan..
BalasPadam