Pages

Selasa, 8 Disember 2020

Organic Dried Mulberry

Entri sebelum tidur.
Kita cerita tentang buah mulberi kering pula. Mulberi Kering Organik yang Amie paparkan ini merupakan hasil keluaran dari Pakistan. Selain boleh dijadikan snack, kunyah dengan kekacang serta kismis, mulberi kering organik ini juga boleh ditambah dalam hidangan oat.

Organic Dried Mulberry

Berat mulberi kering organik dalam bekas ini ialah 140 gram.
Rasanya manis. Biasanya  Amie akan campurkan dengan beberapa jenis kekacang seperti kacang gajus dan kacang walnut serta kismis. Boleh dijadikan bekalan di tempat kerja, isikan di dalam bekas kecil dan selit dalam beg tangan. Dan nikmati sebagai snack di antara waktu sarapan dan makan tengahari.

Melihat kepada bentuk dan warna dan rasanya, tertanya-tanya di dalam hati adakah sama spesies mulberi dari tanah Pakistan dengan mulberi di tempat kita?

Setelah bersoal jawab dengan Pak Google, terdapat 10-16 spesies mulberi yang tumbuh di tanah Asia seperti India, China dan Jepun, Afrika dan Amerika Latin yang beriklim panas. Ada mulberi hitam, Ada mulberi putih dan ada mulberi merah. 

Barangkali Organic Dried Mulberry dari Pakistan ini jenis mulberi putih!
Tambah jugalah ilmu pengetahuan tentang jenis buah-buah beri ini. Zaman dahulu katanya, kain sutera Cina diperbuat daripada serat mulberi.  Ada beberapa jenis beri yang biasa Amie dengar seperti :
  • Cranberry
  • Bilberry
  • Blackberry
  • Blueberry
  • Raspberry 
  • Strawberry
Yang pastinya, mulberi, yang dikatakan mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan mudah ditanam di negara kita.  Dengarnya, pucuk mulberi pun boleh dibuat ulam!

Pucuk mulberi / daun muda.


5 ulasan:

  1. Sedapnya buah mulberi..masam manis.

    BalasPadam
  2. Baru tahu ada mulberi kering organik ye. Banyak pulak tu jenis buah mulberi. Saya suka makan fresh dari pokok :)

    BalasPadam
  3. buah pokok sayur asin asin orang utara panggil dia

    BalasPadam
  4. Mana la nak cari anak pokok mulberry ni kan...kalau dapat tanam dalam pasu besar pun ok ni...suka buah mulberry..

    BalasPadam