Pages

Selasa, 8 Disember 2020

Minuman Tongsui Sejukkan Badan

Jom cari minuman beraroma segar, menyejukkan dan menyihatkan tubuh badan. Boleh dinikmati dalam keadaan sejuk atau suam-suam. Amie pinjam resipi ini dari Dapur Citarasawan (Kak Wan). Kak Wan pula memperolehi resipi ini daripada Chef Hassan Hen. Terima kasih kedua-dua chef terbaik ini!

Minuman Tongsui



Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan kurma merah
  • 1/4 cawan longan kering
  • 1/2 cawan halwa kundur
  • 2 keping white fungus
  • 1 paket kacang gingko
  • 2 ketul gula batu putih
  • 1 ketul gula batu perang
  • 1.5 liter air atau secukupnya
Cara:
  1. Rendam white fungus hingga kembang. Kemudian gunting kecil.
  2. Masukkan bersama bahan-bahan lain dan air ke dalam periuk.
  3. Masak hingga mendidih dan white fungsu lembut.
  4. Boleh diminum sejukatau suam.

Minuman Tongsui ini selain dapat menyejukkan badan, ia juga sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang, menambah susu badan untuk ibu menyusu dan baik untuk peredaran darah bagi kaum wanita.

Nota: Amie gunakan gula batu perang saja dan lebihkan longan kering, serta tambahkan  daun pandan.

9 ulasan:

  1. Selalu nampak minuman ni org share tapi tak pernah cuba

    BalasPadam
  2. Ingatkan laici kang kak.. sama ke tak?

    BalasPadam
  3. Haaa aaa kan.. Macam laici kang pun ada... Twtiba rasa air tu lalu kat tekak.. Hihihi

    BalasPadam
  4. time panas2 ni best minum ni.. rasa segar saja ..hari tu mama buat laici kang dekat rumah.. hehehe nak suh dia buat ni la jgk

    BalasPadam
  5. Minuman yang menyihatkan dan menyegarkan. Macam Lai ci kang pun ada ni kak amie. Kalau saya suka minum sejuk.

    BalasPadam
  6. pernah minum,sedap rsanya....letak dlm peti,,minum sejuk sedap...

    BalasPadam