Orang kata, setiap pagi adalah hari yang baru. Setiap kali munculnya pagi, setiap kali itu juga adanya kesempatan untuk membina semula azam, berusaha bangkit dari kegagalan semalam. Jadi, setiap kali bertemu suasana pagi, jangan lupa pandang langit cerah membiru, awan yang putih berarak perlahan, dan hangatnya snaran mentari yang muncul dari peraduannya!
Pagi ini, hari kedua Firdaus menjawab soalan pentaksiran sekolah agamanya. Ada tiga subjek yang perlu dijawab iaitu Tauhid, Khat dan Jawi. Entah di mana kaca matanya tersembunyi, terpaksalah jawab dengan mata rabunnya. Sekejap menulis jawapan di meja, sekejap berpindah menulis atas bantal, sekejap mencari bantal busuknya. Letakkan bantal busuk di bawah dadanya, dan dia menulis jawapan sambil meniarap.
Panjang dah rambut Firdaus. Sejak dikuarantin bulan September lalu, sampai ke hari ini belum potong rambut lagi.
Selepas mandi, Firdaus terus bersiap untuk menjawab soalan. Katanya, nak makan sarapan selepas selesai jawab semuanya. Di pertengahan jalan, tiba-tiba Firdaus kata: Daus penat menulis. Daus rasa lapar. Bolehkah Daus makan hashbrown lepas ini?
Alolooo.... sayang Mommy! Nanti Mommy sediakan sarapan untuk sayang ya.
Hashbrown, telur dadar, belimbing & anggur. |
Sambil membimbing Firdaus menyiapkan tugasannya, sambil itu juga melayan tugas sendiri berBDR. Encik Suami belikan anak-anak roti canai. Jadi, Amie hanya sediakan sarapan permintaan Firdaus sahaja. Selepas ini, nak bersiap untuk mengambil dan menghantar tugasan di tempat kerja pula. Seperti biasa, berBDR, lari ke tempat kerja sekejap, dan balik rumah sambung BDR semula.
Jumpa lagi. Moga ceria-ceria saja hari ini.
Assalamualaikum kak amie...sedapnya sarapan pagi kak amie...amboi rajin sungguh 'daun'buat homework..Kejap jer dah besar dah
BalasPadamSedapnya, dapat makan hashbrown dengan telor dadar.
BalasPadamSemoga Firdaus dapat keputusan baik. :)
wow..hashbrown. suka sangat
BalasPadamComel Daus dengan rambut camtu. Okaylah selagi tak merimaskan dan belum naik sekolah lagi. Fokus dia menjawab soalan tu. Bagus daus budak baik. Lepas tu dapat pulak hidangan sedap tu. Senang kerja kak amie siapkan hidangan untuk daus je. boleh buat kerja lain. Semoga dipermudahkan segala urusan kak amie.
BalasPadamDarjah berapa daus ni? Comel je muka tekun jawab latihan ye. Bagus3x..rajin mcm ni mama pun besar hati sediakan sarapan berkhasiat utk anak😊
BalasPadam@LiNa_Pg Waalaikumussalam Lina. Hahaaa... masih ingat nama 'daun' ye. Tak terasa budak kecik tu dah booolat!
BalasPadam@iamaSlowRunner Aamiin ya Allah. Terima kasih doanya.
BalasPadam@AzianKhalil Jemput makan.
BalasPadam@Azhafizah MN Terima kasih Fiza. Hari ini segala urusan berjalan lancar.
BalasPadam@Nor Azimah Ali Daus tahun 1. Alhamdulillah, siap jawab soalan pentaksirannya.
BalasPadamtekun nya firdaus mengadap buku ....
BalasPadamTengok buah belimbing tu nampak sedap...kalau dapat yang masih hijau cicah dengan garam..uiii sedapnyaaa
BalasPadam