Seboleh-bolehnya hari ini nak masak seringkas mungkin sebab nak gunakan sebahagian hari untuk selesaikan tugas hakiki. Pagi tadi memang tak masuk dapur. Alas perut seadanya sahaja. Ketika sedang berBDR, teringat nasi goreng KFC yang sudah lama viral di Jepun, dan kemudian merebak ke negara-negara sekitar Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia. Pernah nampak resipi ini di dapur Dana: NORHIDANA dan baru-baru ini jumpa ladi di dapur Azhafizah: SI HATI MERAH JAMBU'S DIARIES. Nasi Goreng KFC Viral ini sebenarnya agak lama juga Amie nampak, barangkali sekitar tahun 2019 begitu.
Apabila satu-satu resipi itu sudah masuk ke mana-mana dapur, sudah tentunya akan keluar hidangan dengan pelbagai versi. Masuk dapur Dana, caranya begitu, masuk dapur Azhafizah cara begini. Masuk dapur Amie pula, caranya begitu dan begini pula.... ahaks! Asal resipinya sangat mudah sebagaimana bermulanya di dapur Jepun, hanya tambahkan kicap dan stok ayam serta KFC sahaja. Kemudian ditokok tambah bahan oleh peminat resipi ini untuk memenuhi selera dan citarasa masing-masing.
Cara penyediaannya juga sangat mudah. Ikutlah nak gunakan beras apa, dan masak di dalam rice cooker seperti memasak nasi yang kita makan sehari-hari. Amie gunakan beras basmathi, dengan tokok tambah lobak merah serta jagung. Amie juga masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Untuk rasanya pula, Amie masukkan 3 sudu besar stok ayam pekat. Manakala untuk mendapatkan warna yang Amie inginkan, Amie bubuh 1 sudu besar tomato puri. Penggunaan tomato puri ini tidaklah menjejaskan kelazatan nasi goreng KFC ini. Tidak ada rasa masam tomato! Jom kita lihat langkah demi langkah semudah ABC untuk menghasilkan Nasi Goreng KFV Viral ini.
|
Nasi Goreng KFC Amie's Little Kitchen |
Amie gunakan Spicy KFC sebanyak 5 ketul. Minta tolong Abang Farid beli online.
Memang nak buat nasi goreng lebih, kalau boleh anak-anak makan sampai ke petang. Jadi petang nanti tak perlu angkat periuk lagi.
|
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi - rendam selama 20 minit - bilas bersih - toskan
- 4.5 cawan air
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu besar puri toato
- 3 sudu besar stok ayam pekat
- 1 cawan isi jagung
- 1 cawan lobak merah potong dadu
- 3 ulas bawang putih cincang
- 1 labu bawang besar cincang
- 5 ketul ayam goreng (KFC) - spicy
|
Masukkan beras basmathi, bawang putih, bawang besar, jagung, lobak merah, stok ayam pekat dan puri tomato ke dalam rice cooker. Tuangkan air dan kacau rata. Kemudian susun ayam goreng KFC di atasnya. Tutup rice cooker dan tekan butang on. Biarkan masak sehingga nasi tanak.
Amie tinggalkan dapur untuk sambung kerja online. Beberapa minit kemudian Amie suruh Firdaus ke dapur dan hidu kalau ada apa-apa bau dari dapur. Firdaus kata, ada bau sedap dari dapur! Alhamdulillah. Nasi sedang dalam proses masak. Tidaklah nanti kalau ke dapur setengah jam kemudian, peristiwa lama berulang kembali: Suiz on tidak ditekan! Uwaaaaaa.....
Kita pun teruskan kerja dengan rasa senang hati. Tambah teruja apabila terbau semerbak aroma nasi goreng KFC dibawa oleh angin ke ruang tamu. Enak banget baunya! Tidak lama kemudian, Encik Suami pun sampai, pulang dari kerja. Anak-anak yang lain pun teruja sama nak tahu apa benda yang kita masak hari ini.
Firdaus tak sabar-sabar beritahu Encik Suami: Baba! Baba! Mommy masak nasi sedap! Cepat Baba ke dapur!
Taaraaa....
Ini dia rupa nasi goreng KFC dalam rice cooker! Tiba-tiba ada dua biji telur pulak di situ. Heheheee... Amie sengaja masukkan di situ untuk dijadikan hiasan. Nasi sudah tanak dan masak sempurna. Kita keluarkan ketulan ayam goreng KFC terlebih dahulu.
Setelah ayam goreng KFC dan telur rebus dikeluarkan, beginilah keadaan nasi yang ditanak tadi.
Sekarang kita gembur nasi tadi, dan jadilah seperti gambar di atas. Taburan jagung dan lobak merah nampak sekata.
Ayam goreng KFC yang dikeluarkan tadi, kita carik-carik gunakan garfu. Terpulanglah nak carik tebal atau tipis. Tulangnya tu keluarkan saja.
Selepas itu, masukkan semula ayam carik tadi ke dalam rice cooker.
Proses terakhir, gaul ayam carik KFC tadi dengan nasi.
Kemudian bolehlah nikmati bersama seisi keluarga!
Nasi Goreng KFC Viral dah siap!
Haha dulu pernah sekali.. yakin ni dah masak nasi. Lepas sejam tu nak hidang dah ni. Buka periuk, suprise!! Tak masak?? Eh lupa tekan ON. ������
BalasPadamWahhh sedapnya nampak.. ramai dah start buat nasi goreng kfc ni.. nanti Cik TK nak buat bila ada kesempatan
Wahhh.. Kita baru tahu benda ni viral, hihi. Tapi rasanya menu ni takkan masuk dapur saya sebab kami lagi suka ratah ayam kfc tu dari makan dengan nasi, tapi mana tahu, bila dah tak ada idea nak masak apa, boleh cuba
BalasPadamTiba-tiba laparlah pulak :D
BalasPadamYa Allah, sedapnya, Amie. Tengok gambar je dah tahu sedap. Malangnya, ayam kfc tak pernah ada lebih. Selalu habis bila beli. Bila la dapat try masak nasi goreng ayam kfc ni.
BalasPadamsaya kadang2 KFC x abes buat campak masuk nasi goreng lee hehe..
BalasPadamtapi yang proper macam ni saya x penah cuba..
Wah TK tak sangka pula resepi ni asal Jepun. Belum cuba lagi.
BalasPadamNampak menarik la kak amie...nanti nak cuba buat la...
BalasPadamSbnrnya sy br tau jugak menu ni dr blog fiza.. x pernah jumpa lg org viral di timeline fb sy kak.. hehehehe
BalasPadamKalau dah jumpa ayam goreng KFC, tak sempat tunggu nasi goreng.
BalasPadamWah menarik ni..Kalau dah cikgu Amie yang masak, lagi la.. Tiada yang tak menarik, waima telur dadar pun digulung kemas.. Suka tengok
BalasPadamentah bila nk buat.. semua nampak sedap dan menyelerakan.
BalasPadamKalau tenguk pada resepi nasi tak di goreng pun tapi dimasak bersama ayam kfc. Masalahnya ayam goreng KFC tak sempat di buat nasi goreng....huk huk huk
BalasPadamatie tgk ramai dah buat review nasi goreng kfc ni, tapi tak pernah lagi try
BalasPadamWah, meriahnya nasi goreng KFC Kak Amie!
BalasPadamSaya hari tu beli kfc, tak sempat buat nasi kfc dah habis ayamnya 😂
Perghh..nasi goreng KFC Viral paling padu dari dapur Kak Amie. Banyak rencahnya tu. Tambah pulak 5 ketul ayam KFC tu ha..Mahu tak berbau satu dapur.
BalasPadamWah sedapnya 😋 terliur dibuatnya
BalasPadamMenarik. Saya selalu ketinggalan benda viral ni. Adoi. Nak try lah nanti
BalasPadammak ai menggoda betul kejadian dia tu amie!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamAdoi.. versi nampak mengancam dan menarik juga..
BalasPadamwahhh sedapnyaaa......
BalasPadamEnterprise vs sdn bhd yang mana terbaik untuk musim pkp ni?
5 reasons you must start Forex malaysia
BalasPadamMalam ni nak cuba buat lah untuk family. Terima kasih
BalasPadamkerja sambilan
bisnes modal kecil
perfume malaysia online
This blog is very amazing the writer teaches us to cooked Kfc fried chicken in different recipes.it's a nice and helpful blog for us. Now it's time to avail shutters in birmingham for more information
BalasPadamgreat post thanks, It’s time to know about y2mate for more details.
BalasPadamWOW! this meal look so healthy although it is made from junk food. I love you recipe and your creation. Keep entertaining us like that. Now its time to avail of the services of Doctors Gynecologist Lahore, click for more information.
BalasPadamThank you for recommending these websites to maintain our SEO abilities. Keep up the good job and provide us with additional details. Time to avail of the service of Doctors Child specialist in Lahore,click Here.
BalasPadamYour recipes that you have shared with us looks so tasty. I personally love to eat fast food but you mix fast food with desi looks new style. Thanks for sharing these recipes with us.it's time to avail this Plumbing services in Jumeirah Circle Village visit us for more services in Dubai.
BalasPadamYour recipes looks so yummy. I will try at home myself soon. Thanks for sharing these recipes with us. How to sign up for Nest Aware on iPhone https://guestpostingnow.com/how-to-sign-up-for-nest-aware-on-iphone/ for more details.
BalasPadamThis article is very amazing. The author teaches us to cooked Kfc fried chicken in different ways. It's a nice and informative also. Thanks for sharing this with us. Now it's time to avail this Detroit City Tour Services visit us to more services.
BalasPadamI like your dish recipes that you have shared with us. It look so delicious and i will try it soon. Thanks for sharing this with us. Now it's time to avail metro car services https://metroairportslimo.com/ visit us for more details.
BalasPadam