Pages

Ahad, 13 Disember 2020

Jemputan Majlis Makan-Makan

Entri sebelum tidur. Minggu ini dapur hanya berasap sekali-sekala sahaja. Abang Farid banyak kali order makanan dari luar. Encik Suami pun rajin bawa anak-anak makan di luar.  Kami seisi keluarga sempat dua kali menghadiri majlis makan-makan di rumah ipar.

Firdaus pandai bawa diri di tempat orang. Duduk menyandar di tepi dinding dengan sepinggan nasi. Majlis makan-makan ini diadakan selepas bacaan Yasin beramai-ramai pada hari Khamis malam Jumaat lepas.

Kuih-muih nampak sedap dan cantik! Kalau tak ingat gusi dan gigi yang sensitif, memang nak terkam semua!

Kalau dahulu, kami tukang masak & tukang cuci pinggan mangkuk selepas tetamu pulang. Sekarang, kami sudah tua (ipar & biras), banyak pula anak-anak buah yang muda remaja dan bertenaga. jadi, sekarang kami jadi tetamu istimewa pula ... ahaks!

Seronok dapat berkumpul dalam sebuah keluarga besar berlainan keturunan. Ada Bugis. Bajau. Cocos. Cina. Jawa. Melayu. Timur. Banjar. Dusun dan Iban. Tidak ada masalah untuk menikmati apa juga masakan yang dihidangkan.

Anak buah Amie, arwah ayahnya keturunan Cina. Katanya: Cuba Auntie rasa masakan kegemaran arwah bapa kami. Labu manis masak dengan taucu campur udang kering! Boleh Amie cuba masak nanti. Oleh kerana malam itu banyak pilihan lauk-pauk, Amie tidak sempat mencicipi labu manis masak taucu itu. Ada sebiji labu manis saiz besar di dapur belum terusik!



Sesungguhnya masing-masing sibuk meratah udang goreng salut tepung yang sangat sedap itu!

Ini semua hasil masakan anak-anak Cina & Cocos ... ahaks!

Sup jagung satu periuk besar!



Kenyang dah dik?

Ini pula jemputan ke majlis sambutan ulang tahun anak kepada anak buah kami. Cucu kami ler yang menyambutnya... heheheee!

Yang paling seronok sudah tentulah anak-anak!


Ini sajalah gambar yang elok untuk dipaparkan. Yang lain bersimpang-siur dengan pergerakan anak-anak kecil yang beraksi ikut gerakan masing-masing.

Tuan rumah pula menyediakan nasi ayam pelbagai lauk. Kalau sudah dihidangkan sayap ayam goreng, memang itulah yang akan jadi rebutan tua muda dan kanak-kanak.


Memang sedap sungguh nasi ayam makan dengan ayam kukus yang memang menjadi kegemaran keluarga sebelah Encik Suami!


Esok, dan hari-hari seterusnya harap-harap periuk yang sudah digantung dapat diturunkan semula... ahaks!

15 ulasan:

  1. ramainya menu sesedap.
    Selamat menjamu selera.

    BalasPadam
  2. ya ampun kak... mknn tu semuanya sedap² enjoy mkn je ye mgu lepas... hehehe... alhamdulillah saudara-mara berkongsi rezeki kan?

    BalasPadam
  3. Wah bestnya semua makanan nampak sedap!!

    Mesti unik dan meriah kan bila keluarga besar berkumpul. Lagi pelbagai keturunan. Bahasa dan budaya serta makanan pun pelbagai!

    BalasPadam
  4. Telan air liur tengok gambar hidangan yang ada. Meriahnya... :)

    BalasPadam
  5. meriah nyaaaa kak !! rambang mata dan selera nak makan tu..
    saya suka gathering2 mcm ni.. suka makan hehe..

    BalasPadam
  6. Menarik tak pernah cuba labu masak taucu dengan udang kering.

    BalasPadam
  7. Wah...macam.macamada ni...sedapnyaaaaa....meriah betul dengan makanan

    BalasPadam
  8. Udang Gorwng Tepung tu kalau kat sini rasanya memang tidak disediakan la waktu kenduri. Kalau ada haruslah hhabis dulu.. Hihihi

    BalasPadam
  9. labu masak style cina tu baru tahu.. nampak macam sayur dh.

    udang goreng tepung kalau masak macam tu memang licin.

    BalasPadam
  10. Bagusnya Firdaus pandai bawa diri, pandai makan sorang sorang tu. Seronok bila majlis kenduri ni dapat merasa pelbagai hidangan. Banyak keturunan bila berjumpa pasti banyak ceritanya. Labu masak tauhu dan udang kering tu rare betul.

    BalasPadam
  11. Zumal ni rasa bulan 8 hari tu ja dapat jemputan kenduri, lapar lauk kenduri laa

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. Kesemua menu tu mengancam belaka.. hehehe

    BalasPadam