Pages

Selasa, 8 Disember 2020

Nasi Ria Lahad Datu

Tengahari tadi Abang Farid tanya: Mommy masak nasi tak? Kalau tak masak, saya order nasi dari luar.  Amie kata, boleh jugalah kalau abang nak beli. Mommy nak makan nasi lauk apa? Tanya Abang Farid lagi. Amie jawab: Nanti kita bincang. Amie terus ke dapur mencari minuman dan terus kemas-kemas dapur. Tidak lama kemudian, Abang Farid masuk ke dapur. Katanya: Saya sudah order nasi dari Restoran Nasi Ria. Maknanya dia order makanan kegemarannyalah tu.

Tidak lama kemudian penghantar makanan Foodpanda pun sampai. Kebetulan Abang Farid sedang solat Zohor, dan Encik Suami yang baru pulang dari kerja berada di pintu pagar. Encik Suami sambut bungkusan makanan tersebut. Kata Encik Suami: Tiap-tiap hari kawan baik Abang Farid hantar makanan!

Hidangan tengahari dari Restoran Nasi Ria Lahad Datu.



Abang Farid order set nasi kosong, ayam masam manis, kangkung goreng telur, sup jagung dan ayam pelangi. Pertama kali kami makan kangkung goreng telur yang crispy.

Kangkung Goreng Telur

Ayam Masam Manis

Ayam Pelangi

Sup Jagung


Terima kasih Abang Farid, belanja makan tengahari dan mempermudahkan urusan harian Mommy!


15 ulasan:

  1. First time tengok kangkung goreng telur,mesti krispi kan, macam sedap je. Guna tepung bestari agaknya ye.ermmmm..boleh try kot😁

    BalasPadam
  2. Tadi pagi dah tengok adik, nak tengok jugaklah wajah Abg Farid yang ada kawan kat foodpanda tu, hahaha

    BalasPadam
  3. Bila AF nak belanja uncle? hehehehe

    BalasPadam
  4. nampak menarik menu nya tuh kak... abang farid kesian tengok emaknya BDR kene masak pulak... itiu dia order saja... senang kerja

    BalasPadam
  5. Menariknye tengok kangkung goreng telur tu tapi sayangnya CP tak makan kangkung :D

    BalasPadam
  6. kangkung goreng telor tu mmg rare kak amie... bagus abg farid ni independent dan bertanggungjawab..

    BalasPadam
  7. Saya pun tertarik dengan kangkung tu... Macam nak try pula

    BalasPadam
  8. Kangkung goreng telor? Wah, tak pernah makan. Sedap belaka tengok hidangan yang anak Amie order. Pandai dia. :)

    BalasPadam
  9. Teringin pula nak rasa kangkung goreng telur tu.

    BalasPadam
  10. sup jagung tak pernah rasa , tapi teringin betul nak rasa

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki Abg Farid belanja family makan. Menarik juga tu kak amie Kangkung Goreng Telur tu. Tapi Ayam pelangi tu, pelangi tang mana tu. tak nampak pelangi.Sekadar nama je kot kan. hihi

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah sedapnya.. semoga murah rezeki ye.

    Permohonan ke luar negara online kpm - ini peluang anda untuk belajar di oversea.
    Doktor Veterinar malaysia peluang kerjaya lumayan sebagai Doktor haiwan
    Senarai Program asasi untuk jurusan sains yang ditawarkan oleh ipta.
    Here is the 5 top reasons to take A-level in malaysia

    BalasPadam
  13. Toilet ventilation - 4 reasons why it is important.
    Best Air filtration system in malaysia.
    3 types of smoke ventilation systems you must know.
    Top 5 Air purifier in Malaysia are the best in market.
    Honeywell malaysia
    air purifier malaysia
    Best air purifier in malaysia

    BalasPadam
  14. Pelan perubatan yang menyediakan faedah hospital dan pembedahan, dan kemasukan tanpa tunai?
    Anda boleh layari lawam web ETIQA untuk mengetahui info lanjut.

    Antara insurans yang disediakan oleh ETIQA adalah seperti insurans takaful , insurans kereta dan
    insurans kereta takaful
    .


    BalasPadam