Pages

Jumaat, 4 Disember 2020

Lempeng Nyior Sambal Tumis Udang Kering

Entri sebelum tidur. Bukan makan sebelum tidur ya... ahaks! Petang tadi sempat godek-godek tepung sebab nak makan lempeng nyior. Tengah buat adunan, datang Abang Farid tanya, Mommy buat apa tu? Bila kita kata nak buat lempeng, terus Abang Farid cakap, saya nak makan lempeng tapi jangan bubuh apa-apa. Lempeng kosong jew. Jadi, kita pun bahagi dua adunan tepung. Satu adunan kosong, dan satu lagi tambahkan parutan kelapa. Bila mendadar lemper, sebelah kiri lempeng untuk Abang Farid, sebelah kanan lempeng nyior!

Lempeng Abang Farid siap dahulu. Entah berapa keping, tapi rasanya hampir 10 keping lempeng nipis saiz kecil. Abang farid terus makan cecah dengan sambal tumis udang kering hingga ke lempeng terakhir!

Yang tinggal hanya lempeng nyior. Berdualah di dapur dengan Encik Suami makan lempeng nyior cecah sambal tumis udang kering.


Lempeng Nyior Sambal Tumis Udang Kering.



Lempeng Nyior


Sambal Tumis Udang Kering



Selamat malam. Jumpa lagi.



22 ulasan:

  1. Sedapnya, lama tak makan lemoeng nyior ni. Sambal tu, terliur 🤤

    BalasPadam
  2. Wuaah makin sedap nih setelah dimasak dengan sambal tumis udang kering ..., terus terang saya merasa lapar lagi 🤭

    BalasPadam
  3. Abah saya suka makan lempeng, mak lun rajin buatkan. Rindu pada mak abah.. 😢

    BalasPadam
  4. Cantik kejadiannya, kat utara ni nipanggil peknga- tempek dlm belanga

    BalasPadam
  5. Asalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Allahu, menatap entry ini, tidak semena-mena ingatan terimbau. Keenakan air tangan seorang bonda. masih saya ingati, dulu, zaman budak-budak. lempeng nyior hasil air tangan bonda di cicah dengan sambal bilis.

    BalasPadam
  6. Ya Allah sedap betul rupa lempeng dan ditambah dengan sambal tumis udang kering yang mabeless.
    Nyior tu maksudnya kelapa kan?

    BalasPadam
  7. Lempeng tu macam meminta saya buatkan la pulak hihihi.. Lempeng nyiur la pulak tu. Buat tebal-tebal garing lawankan kopi O.. Aduhhhaiii

    BalasPadam
  8. Sedapnye. Akhirnya turun Tuaran dapat jumpa kelapa kukur. Tanya kenapa susah dapat ke kelapa kukur sebab stok takde. Stok dari Kudat. Agaknya susah sekarang mereka tak berjalan keluar penduduk Kampung.

    BalasPadam
  9. lempeng tanpa nyior pun sedap inikan pula bernyior... msti lemak² rasanya

    BalasPadam
  10. Dua dua lempeng sedap. Cicah pulak tu dengan sambal tumis udang kering.

    BalasPadam
  11. sedap ni, tgk2 makan lapar supper nak makan ni

    BalasPadam
  12. @Himawan Sant Sesekali makan memang sangat sedap1 Rindu air tangan ibu.

    BalasPadam
  13. @Syaz Eym Kalau dah namanya lempeng ni, orang-orang lama memang laju jew...

    BalasPadam
  14. @Kamsiah yusoff Oooo...begitu ceritanyanya. Pernah dengar nama peknga, tapi baru kali ini dengar tempek dalamb belanga.

    BalasPadam
  15. @abuikhwan Waalaikumussalam.
    Betul tu... di sebalik lempeng, banyak kenangannya!

    BalasPadam
  16. @TukangKebun Kukur kelapa ye, bukan parut kelapa. Cantik hasil kelapa kalau guna pengukur.

    BalasPadam
  17. @Kakmim Tak cukup sekeping kalau makan ni tau heheee...

    BalasPadam
  18. @Azhafizah MN Betul tu Fiza. Tetiba rasa nak melempeng lagi...kah!

    BalasPadam