Pages

Jumaat, 4 Disember 2020

Kerepek Tempe Lemau Kembali Rangup!

Ada sebungkus kerepek tempe yang sudah dibuka, hanya sekadar merasa sekeping dua sahaja. Kemudian ikan dengan getah dan lama kemudian baru dibuka semula. Kerepek tempe sudah lemau, masuk angin! Kerepek lemau tentulah tidak sedap dimakan. Daripada dbuang, tentu membazir. Baiklah cari jalan untuk merangupkannya semula.


Kerepek tempe yang sudah lemau.



Barangkali air fryer boleh membantu. Amie masukkan kerepek tempe lemau tadi ke dalam air fryer. Suhu 150' dan set masa 5 minit. Ting! Jom lihat hasilnya.
Kerepek tempe kembali rangup! Kelihatan beberapa titis minyak ketika Amie tuangkan kerepek tempe ke dalam bekas. Warna kerepek tempe juga tidak jauh berubah berbanding sebelum digoreng semula dalam air fryer.

Kerepek tempe rangup.

5 ulasan:

  1. Cantiknya warna kerepek tempe tu cikgu...putih tidak berubah. Selalu kat sini kalau jumpa orang jual pun warna dah perang

    BalasPadam
  2. Wah boleh elakkan pembaziran. Wonderful idea.

    BalasPadam
  3. ya tak ya jugak kan... letak dlm AF.. good idea! elakkan pembaziran

    BalasPadam
  4. Wahh bagusnya ada air fryer boleh rangupkan semula kerepek lemau. Barulah sedap makan kerepek rangup.

    BalasPadam
  5. rupa dia cantik.. mesti rasa dia pun sedap kan...

    BalasPadam