Pages

Jumaat, 4 Disember 2020

Kambing Masak Black Pepper

Sudah pukul 1 tengahari rupanya! Sejak PKPB dan agak sukar untuk kaum lelaki menembusi masjid untuk menunaikan solat Jumaat, selalulah terlupa kehadiran penghulu segala hari ini. Kata Encik Suami, kena datang seawal mungkin ke masjid jika ingin tunaikan solat. Biasanya pukul 11 pagi, Encik Suami sudah menunggu masuk di pintu pagar mana-mana masjid di LD. Katanya, kalau kebetulan dia menyelia pekerja di kawasan berhampiran masjid sama ada di bandar atau kawasan kampung, di situlah dia singgah. Kadang-kadang terpaksa pulang ke rumah sebab had jemaah yang dibenarkan masuk sudah cukup jumlah. Hari demi hari yang kita lalui, tidak pernah kita tinggalkan tanpa doa. Memohon dan merayu kepada-Nya agar segera angkat wabak durjana ini dari muka bumi. Yakinlah bahawa suatu ketika nanti, Dia akan menjawab doa kita. In shaa Allah.

Tengahari ini tak masuk dapur sebab sudah siap masak lebih awal. Tempoh berehat ini, Amie belek-belek folder dan terjumpa resipi kambing masak black pepper. Amie kongsikan resipinya di sini. Kalau Amie rajin, Amie akan rebus terlebih dahulu kambing sebelum dimasak, dan kalau tak berapa rajin lebur saja dalam kuali bersama bahan perencah. Masak dengan api perlahan hingga kambing empuk. Kalau kambing masih liat, rasa terbantutlah pul selera untuk menikmatinya. Baiklah masak betul-betul sehingga empuk, dan puas hati menikmatinya. Masakan kali ini Amie rebus dahulu kambing biri-biri ini.

Kambing Masak Black Pepper



Bahan-bahan:
  • 700 gram kambing biri-biri - potong ikut saiz yang digemari - rebus hingga empuk
  • 2 biji kentang - potong dadu - koreng hingga masak - angkat dan toskan
  • 1/2 biji capsicum kuning potong dadu
  • 1/2 biji capsicum merah potong dadu
  • 1/2 biji camsicum hijau potong dadu
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar Kicap Cap Kipas Udang
  • 1 sudu kecil lada putih tumbuk kasar
  • 1 sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
  • 1 cawan air rebusan kambing
  • 4 sudu besar minyak
  • Bahan tumbuk : 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah & 3 cm halia


Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  2. Masukkan kambing biri-biri, diikuti dengan  sos lada hitam, sos tiram dan kicap. 
  3. Tuangkan air rebusan kambing biri-biri, dan biarkan mendidih seketika.
  4. Kemudian masukkan hirisan dadu capsicum merah, kuning, hijau dan kentang goreng.
  5. Akhir sekali taburkan lada putih dan lada hitam tumbuk.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Jika suka, boleh pekatkan kuah dengan menambahkan satu sudu besar tepung jagung bancuh di dalam 1/2 cawan air. Kemudian tuangkan di dalam masakan. Kacau beberapa kali, dan jika kuah mulai pekat padamkan api dapur.

Jumpa lagi!

5 ulasan:

  1. lama tak masak kambing nengok akak masak ni terliur terus

    BalasPadam
  2. Lama tak makan kambing biri-biri sedap.

    BalasPadam
  3. Daging kalau dimasak black pepper memang sedap. Saya suka daging kerbau dan rusa :)

    BalasPadam
  4. Teringin plak SA nak makan kambing blackpepper...sejak Pak Zain sihat perut ni memang jarang masak kambing...

    BalasPadam