Pages

Jumaat, 4 Disember 2020

Ikan Terubuk Masin Goreng Istimewa

Hari ini mendung dari pagi. Langit pun hilang seri warna kebiruannya. Dah mula masuk dapur untuk masak untuk hidangan tengahari keluarga ke? Amie masak lebih awal sebab selepas ini nak konsentrasi siapkan kerja. Terjumpa seekor ikan terubuk masin Sarawak terbungkus rapi dalam tupperware di dalam peti sejuk. Tak ingat beli di mana. Walaupun berjiran dengan Sarawak, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dapat bekalan ikan terubuk masin terutama daerah LD yang nun jauh kedudukannya sehingga menghampiri Filipina.

Goreng seekor ikan terubuk masin, aromanya penuh satu dapur! Kalau rajin boleh potong kecil-kecil ikan terubuk masin itu, tapi Amie goreng seekor sekali harung. 

Ikan Terubuk Masin Goreng Istimewa

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan terubuk masin Sarawak - cuci bersih - toskan
  • 5 ulas bawang putih - kupas - belah 2
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 1/2 batang lobak merah - hiris  panjang
  • 15 biji mata petai
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 biji cili hijau - hiris
  • limau kasturi
  • minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan terubuk masin Sarawak hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan ikan terubuk masin tadi.
  3. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga terbit aroma.
  4. Masukkan lobak merah , hirisan cili hijau, cili merah dan petai.
  5. Goreng kacau sehingga semua bahan kelihatan layu dan berubah warna.
  6. Tuangkan bahan tadi ke atas ikan terubuk masin goreng.
  7. Perahkan jus limau nipis.
  8. Sediakan untuk dinikmati bersama nasi putih.

Sisik ikan terubuk masin tu jangan dibuang tau! Makan jew dengan nasi...soooodap!

6 ulasan:

  1. kalau ada kawan2 ke Sarawak saya pasti kirim ikan ni...so sedap..

    BalasPadam
  2. kalau mkn di kg ramai2 mesti ada ikan masin
    masa kwn ke serawak ada jga dia bg
    apalagi bw blk kg kenduri ramai2

    BalasPadam
  3. Saya rasa, dah bertahun-tahun kot, saya tak makan ikan terubuk. Sedap ikan ni.

    BalasPadam
  4. Bila goreng memanggil-manggil ke dapur.

    BalasPadam
  5. Tak pasti pernah makan ke tidak ikan terubuk masin ni. Ikan bersisik goreng garing memang sodap kalau tak dibuang sisiknya.

    BalasPadam