Hari ini bekerja di tempat kerja. Balik rumah sambung berBDR. Rehat-rehat sekejap. Tak masuk dapur sebab beli makanan bungkus saja untuk makan tengahari. Waktu solat fardhu Zohor, pukul 11:55. Sekarang santai-santai sapu sawang di ruang lepak maya.
Petang kelmarin Abang Farid menyertai The 6th Southeast Asia Collaborative Symposium on Energy Materials (SACSEM 6th) secara online. Katanya, simposium berlangsung ikut waktu negara Jepun. Penyertaan diwakili dari beberapa buah universiti termasuk:
- Universiti Teknologi Bandung (UTB -Indonesia)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM - Malaysia),
- Universiti Teknologi Petronas (UTP - Malaysia)
- Universität Duisburg-Essen (CENIDE - German),
- King Mongkut's University of Technology Thonburi (KMUTT - Thailand)
- University of Tsukuba (UT - Jepun)
Simposium ini diadakan selama 2 hari bermula pada 24 hingga 25 November 2020, dan disertai oleh 24 pembentang. Abang Farid bentangkan kajian bertajuk: Performance of Glycol-based Deep Eutectic Solvent in Extractive Desulfurization System, salah seorang wakil dari UTP.
Kami hanya mampu berikan sokongan moral saja. Kami pun tidak faham apa benda yang Abang Farid bentangkan, cuma dengar suaranya yang lancar sewaktu membentang dari dalam bilik tamu kedua. Abang Farid tak mahu bentang dari dalam bilik tidurnya kerana katanya takut capaian internet terganggu sewaktu giliran membentangnya berjalan.
19:45-20:10 Banquet: (Self-introduction)
Award announcement and Closing Remark (Prof. Brian Yuliarto)
Malam tadi Abang Farid kongsi di group WhatsAap keluarga. Katanya, dia tersenarai sebagai salah seorang daripada 4 peserta terbaik yang terdiri daripada Sebastian Tigges (German), Airong Qiagedeer (Jepun), Muhammad Rezki (Indonesia), dan Abang Farid: Mohd. Faridzuan Majid (Malaysia).
Tahniah abg Farid terpilih antara 4 peserta terbaik. Semoga terus berjaya di masa akan datang.
BalasPadamWalaupun uncle tak faham apa tu SACSEM... uncle tetap bangga dengan Farid...
BalasPadam:D
Tahniah buat abg farid... tentu mak abah nya bangga betul...
BalasPadamDana,
PadamTerima kasih. Mak abahnya hanya beri sokongan moral jew.
tahniah berjaya.. semoga menjadi anak yg berjaya
BalasPadamWah, tahniah untuk abang Farid dan emaknya juga. Alhamdulillah.
BalasPadamUTP tu, tempat saya jogging dulu, masa saya tinggal di Seri Iskandar, Perak. :)
Tahniah abang Farid.. Semoga dimudahkan urusan & gud luck
BalasPadamMasyaAllah, tahniah abang Farid. Semoga terus berjaya. Tahniah kepada ibu ayahnya juga
BalasPadam@Azhafizah MN Terima kasih. Mudah-mudahan makbul doanya. aamiin ya Allah.
BalasPadam@uncle gedek Terima kasih Uncle. Dihargai rasa itu.
BalasPadam@Nina Mads Terima kasih. Mudah-mudahan. Aamiin ya Allah.
BalasPadam@iamaSlowRunner Terima kasih. Ooo pernah duduk Seri Iskandar rupanya.
BalasPadam@namakucella Terima kasih. Mudah-mudahan.
BalasPadam@Eina Md Ali Terima kasih. Mudah-mudahan. Aamiin ya Allah.
BalasPadam