Hari ini siapkan dua kerja. Bekerja di tempat kerja, dan sampai rumah kena sambung berBDR pula. Teringat anak-anak belum makan, singgahlah beli nasi kuning dan apa-apa yang patut. Sampai rumah, rupanya Abang Farid sudah beli nasi bungkus online untuk adik-adiknya! Jadi, tengahari tadi tak perlu bersilat di dapur. Amie terlupa petang ini, pada pukul 3 petang Abang Farid menjadi peserta simposium dengan pelajar-pelajar dari universiti luar negara termasuk Thailand, Jepun, Jerman dan Indonesia. Patutlah awal-awal lagi sudah beli makanan. Mungkin takut lapar kalau Amie tak sempat masak. Yang lucunya, kelam-kabut pula Abang Farid minta Encik Suami hantarkan ke kedai gunting rambut. Katanya, rambutnya sudah macam sarang tebuan, malulah nampak serabut tak kemas sewaktu menyampaikan pembentangan.
Tiba-tiba hujan di petang hari! Sambil berBDR sambil bantu Firdaus siapkan kerja rumahnya. Kasihan budak kecil ini. Terkial-kial nak siapkan lukisan menggunakan teknik percikan dan renjisan.
Hujan masih belum berhenti. Jom masuk dapur, masak apa yang patut. Yuhuuuu... keluar dapur dengan sepinggan pulut tanak lauk ikan masin & kelapa parut.
|
Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin
|
|
Musang King Durian White Coffee
|
Hujan-hujan begini, memang sedap betul santan pulut tanak & the gang, dan jangan lupa secawan kopi. Masih ada baki kopi durian Musang King yang dibeli di Tenom dahulu. Jom kita bancuh.
Cuaca pun memang sporting habis! Hujan sampai ke petang, sejuk-sejuk manja jew suasana. Layan makan pulut tanak begini boleh pengsan sampai ke pagi.... ahaks!
Tidak ada keistimewaan apa-apa dalam hidangan pulut tanak ini. Cara masak pun biasa-biasa saja. Sukatan pulut dengan air gunakan nisbah yang sama, tambah secubit garam. Nak aroma harum, boleh masukkan sehelai daun pandan, siat dan simpul. Kelapa parut pula, parutlah yang bahagian putih sahaja. Tambahkan sedikit garam dan gula, bagi rasa lemak-lemak sikit. Kemudian gorengkan ikan masin. Amie goreng ikan masin ketambak @ batu. Bukan ikan masin kepala batu.
Firdaus dengan lukisan sang kancil dan sang buanya menggunakan teknik percikan dan renjisan. Gambar sudah dihantar kepada guru Pendidikan Seninya. Panjang betul rambut Firdaus! Maklum duduk terkurung sepanjang PKPB sejak September 2020. Abang Farid masih bersimposium. Fairuz pula petang ini rajin turun masak di dapur untuk hidangan makan malam. Encik Suami dengan hobinya, berkebun di atas tanah sekangkang tikus di tepi rumah. Fuad, tak tahu apa ceritanya, selepas makan tengahari masuk semula ke biliknya.
Alhamdulillah. Hari ini semua aktiviti berjalan lacar dan segala urusan rumah, juga urusan kerja dipermudahkan-Nya. Syukur ya Allah.
Wokey!
Jumpa lagi.
pulut ikan masin memang favret.. sama dengan arwah ayah. suka sangat kami anak branak. tapi saya suka dengan ikan yang banyak sisik tu.. sisik dia yang best..
BalasPadamSaya tak pernah lagi makan Pulut Tanak Kelapa Ikan Masin tu kak amie. Teringin mencubanya. Masing masing sibuk dengan kerja masing masing ye. Daus pun ada aktiviti dia. Cantik mewarna teknik percikan tu.
BalasPadamRasanya dah lebih 5 tahun tak makan pulut dengan ikan masin macam ni
BalasPadamOur nursing assignment help service is given to you, our writers follow the best methods to conduct the research. They bring out the extract from the chunk and relevantly put the same in the assignment.
BalasPadamDah lama tak tanak pulut.
BalasPadamKopi durian musang king tu pun belum pernah cuba.
Rasa macam nak terbang ke Lahad Satu tengok pinggan Amie
BalasPadamPulut boleh lagi selongkar dapur..
BalasPadamKopi tu.. kopi... Mana nak cari
Hihihi
Sedapnya..pulut & kopi..
BalasPadamSedapnya nampak pulut tu, dah lama tak makan pulut macam ni. Teringin la plak
BalasPadammusim hujan makan pulut ikan masin laju je menyuap kan
BalasPadamDappp nyer, hujan hujan makan oiii 😀😀
BalasPadamwalaupun simple tapi itulah yang selalu teringin di makan. Kalau ada ubi godok layan dengan sambal tumis dan ikan masin pun masyuk
BalasPadampandainya firdaus lukis tu, creative btul !
BalasPadamwah besar ikan masin mkn ngan pulut tu..yummyy...tk pernh tgk kopi durian
BalasPadamnampak sedap tu kak amie..SA x leh makan plak pulut..kalau makan pulut angin badan and sampai boleh masuk ward...kopi durian? rasa apa agaknya tu kan
BalasPadamwahhh kopi perisa musang king! macam mana lah rasanya ya...
BalasPadamlama betul tak makan pulut dengan ikan masin tu tau..
BalasPadamtak pernah mkn lg.. menarik menu ni kena dgn kopi.. pandai lukis
BalasPadamsaya dengan pulut memang kawan baik kak, sesekali teringin saya akan tanak utk makan dengan sambal tumis, tapi yg ni lagi terangkat kak hihi
BalasPadamAlamak tiber tingin nak makan pulut tanak kelapa putih lawan ikan masin, tapi pulut takde stok pulak, ermmmm..kena pegi pasar dululah..
BalasPadamIt is a really good topic to discuss most of the people just do exercise or workout but don't follow a proper diet to lose weight. I am a professional writer and research analyst and providing assignment help for the last decade. I have written a dissertation for a medical student about weight loss and I have highlighted this point in that document.
BalasPadamThere is no issue buying online essay help UK for your academics you just ask for help to boost your grades, so buy essay from assignment editors pro that provides the best consultancy to students and academic professionals.
BalasPadamI want to thanks you for this excellent read, its sounds great and it made my day pleasant. keep sharing, Now it's time to avail stafford taxi for more information.
BalasPadamThe salted fish look so delicious. I will try this at home this weekend. Now it's time to avail shutters in birmingham for more information.
BalasPadamEven though it's simple, it's always what I want to eat. Serve with sautéed sambal and salted fish if you have sweet potatoes. affordable towing services
BalasPadam