Pages

Jumaat, 27 November 2020

Sarapan Pagi dari Rumpun Selera

Jumpa lagi. Apa khabar di pagi Jumaat ini? Malam tadi tidur lewat sedikit, sebab selepas solat Maghrib berangkat ke rumah kakak ipar menghadiri majlis kesyukuran. Memang gantung periuk seharian. Pagi ini ada dua tugas, berBDR dengan tugas hakiki, dan dalam pada itu wajib menghadiri google meet yang dijadualkan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Kiranya hari ini buat kerja 2 dalam 1 begitu.

Awal pagi tadi, Encik Suami sudah keluar ke Rumpun Selera, sebuah restoran 24 jam yang terletak di simpang masuk ke Bandar Seri Perdana. Jadi, pagi ini tak perlu sediakan sarapan untuk seisi keluarga. Waktu yang dijanjikan untuk bergoogle meet ditunda pula ke pukul 8:30 pagi!

Huuurrmmmmm! Jomlah lepak di dapur maya dulu. Kita isi perut dengan sarapan pagi masakan India dari Restoran Rumpun Selera. Kita keluarkan dari bungkusan, dan susun elok-elok dalam pinggan.

Ini menu pesanan Abang Farid. Encik Suami belikan ayam bakar tandoori, dengan mee dan mee hoon goreng. Amie tambahkan hirisan timun dan daun salad.


Ada roti canai kosong dan roti canai telur.



Ada tosei, idli dan medu vada.
Makanan begini memang mengenyangkan. 

Nampaknya google meet pun tak mula lagi walaupun sudah lewat pukul 8:30 pagi seperti yang dijanjikan. Kadang-kadang bosan juga menghadapi ini semua. Susah sangat nak tepat waktu! Nak buat macamana... sabar sajalah mak labu!



8 ulasan:

  1. Lauk tapau pun terletak je presentation amie ni... rajin ambik gamba ye

    BalasPadam
  2. sedap nampaknya menu sarapan pagi tu..yummy...

    BalasPadam
  3. Ermmmm.. Sedapnya menu bfast akak.. Kita buat nasi goreng sardin ja hri ni

    BalasPadam
  4. Lama sudah tidak berdating dengan roti canai. Rindu pula rasa hendak bertemu roti canai. Hihihi

    BalasPadam
  5. Menarik presentation nya....rasa sayang plak nak makan kalau macam ni kan...

    BalasPadam
  6. Sedap menu pesanan Abang Farid tu. Ayam tandoori ada mee dan bihun. Idli dan medu vada saya tak pernah nampak. huhu

    BalasPadam
  7. dah lama betul tak makan roti canai ni, sedapnyaaaaa

    BalasPadam