Pages

Jumaat, 13 November 2020

Sembang Tengahari Dari Dapur

Tengahari tadi sempat masak-masak untuk hidangan keluarga. Asyik memikirkan Abang Farid tidak suka makan ikan, akhirnya Amie puuskan goreng ikan sajalah! Lewat sedikit ke dapur sebab sibuk bergoogle meet. Kadang-kadang Abang Farid makan juga ikan yang dihidang. Nak masak ayam, semuanya masih beku!

Lewat pukul 2 petang kami baru dapat makan tengahari. Melihat ikan goreng di dalam piring, Fuad terus berkata: Abang tak makan ikan tu. Kita pun faham, maksudnya dialah yang akan habiskan ikan goreng itu nanti. Huurrmmm... raja ikan betul bujang satu ini.

Ada 3 atau 4 jenis ikan Amie goreng. Mana tahu ada di antaranya menggoda selera Abang Farid. Sebagai persediaan menyelamatkan keadaan, Amie gorengkan telur juga.

Seperti yang dijangkakan, Abang Farid terus berkata: Saya tak makan ikan. Saya nak makan nasi dengan telur goreng dan udang, dengan kuah sayur saja.
Adeeehhh... hanya ada beberapa ekor udang dalam sayur lemak kuning kubis campur kacang buncis!

Fairuz serahkan udang yang sudah berada dalam pinggan nasinya kepada Abang Farid. 

Orang dalam rumah ini tak kuat makan sayur tapi suka meratah salad dari si kecil Firdaus sampailah si Abang Farid. Amie pun tambahkan sambal belacan.  Memang Abang Farid pun ambil sambal belacan juga. Sambal belacan ini resipi arwah mak mentua. Namanya sambal colek. Amie gunakan belacan Papar. Adeeehhhh..... sampai sekarang masih terbau aroma belacan melekat di jari!
Wokey!
Sekian cerita dari dapur.
Sebentar lagi nak jalan-jalan ke kampung Encik Suami. Lama sangat terkurung dalam rumah macam burung!

9 ulasan:

  1. ikan goreng dgn sambal belacan mmg terbaik...ada sayur lemak..sedapnya..

    BalasPadam
  2. Udang masak kuning tu.... tak menahan uncle!

    BalasPadam
  3. Ada ikan goreng..ada telur dadar..ada plak sambal belacan..kalau SA memang menambah la...lupakan la badan dah naik ...hahahahah..

    BalasPadam
  4. Kalau kuat bau belacan kat jari, maknanya sedap! Hehe.. beruntung Amie, anak-anak pandai makan salad.

    BalasPadam
  5. Ada ikan goreng garing, sambal belacan dan ulaman tu dah cukup sedap dah. Saya kalau buat sambal belacan tak letak belacan, gantikan ikan bilis. Hehe..kes tak nak tangan berbau belacan.

    BalasPadam