Pages

Jumaat, 13 November 2020

Jalan-Jalan Cari Belimbing

Duduk lama berkurung dalam rumah, rasa rindu pula hendak jalan-jalan menghirup udara petang di kampung. Dengan membawa belebat ubi kayu dan sebekas kecil laksam sebagai buah tangan untuk adik ipar, bergeraklah kami bertiga selepas solat Asar, ke kampung bersama Encik Suami dan Firdaus.

Kalau dahulu semasa hayat MIL dan FIL masih ada, boleh dikatakan 2 hari sekali kami ziarah ke kampung. Kalau dalam masa seminggu tidak jejak kaki ke sana, lain macam betul rasanya.  MIL meninggalkan kami pada tahun 2006, manakala FIL pula menyusul 5 tahun kemudian.

Melihat 3 pokok belimbing madu di tepi telaga, teringat arwah FIL yang rajin memanjat tangga, membuang putik buah yang berlebihan dalam satu tangkai lalu membungkusnya. Banyak jugalah bungkusan belimbing di atas pokok!

Kadang-kadang Amie memandu kereta menghantar MIL menyerahkan bungkusan buah belimbing  dan jambu batu dari rumah ke rumah. Ramai juga orang kampung yang menempah buah belimbing daripada MIL. Tak tahulah berapa biji dalam setiap bungkusan, tetapi Amie dengar MIL berkata RM5. Pokok jambu batu yang FIL tanam bersebelahan pokok belimbing , sekarang sudah tiada. 

Rasa sebak melihat buah belimbing  yang rosak di tangkai.

Adakah disebabkan musim PKPB, dan belimbing mengalami stress atau kerana tidak dibungkus?

Orang kata, buah belimbing ini sangat sensitif dan sangat disukai oleh lalat buah! Barangkali dengan keadaannya yang tidak berbaju, maka singgahlah serangga mencemarinya!

                   
Ada juga buah belimbing yang masih elok walaupun jirannya sudah berpenyakit.

Amie biasa melihat harga belimbing madu di Seri Perdana LD, sekilogram RM8. 

Masih terdapat jambak bunga belimbing di celah-celah daun.

 
Dan buah-buah belimbing yang sedang membesar.


Mungkin kedudukan buah belimbing ini agak tersorok, jadi lalat buah tidak dapat menciumnya!

Buah-buah belimbing yang jatuh berguguran ke bumi.

Adik ipar berikan bekas plastik kepada Encik Suami. Katanya, petiklah seberapa banyak yang kami mahu. Pilihlah yang elok, katanya. Banyak jugalah buah belimbing yang kami bawa pulang.


Terbayang-bayang arwah FIL mendukung Abang Farid yang masih kecil, usia setahun lebih sambil berjalan-jalan di sekitar pokok belimbing. Dipetiknya sebiji belimbing yang masak, dan diberikan kepada Abang Farid. Sewaktu Amie menulis entri ini, Amie panggil Abang Farid. Amie tunjukkan kepadanya buah belimbing, dan kenangan yang memang tidak dapat diingatinya bersama arwah Atuk. Arwah Atuk meninggal dunia ketika Abang Farid masih di Tingkatan 4. Amie masih ingat, pada malam Rabu, Abang Farid menemani Arwah Atuk di hospital.  Abang Farid bawa buku sekolah untuk ulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah. Ada katil kosong di sebelah Atuk. Abang Farid menyiapkan kerja sekolahnya di katil tersebut, dan tertidur di situ. Katanya, bila dia bangun pagi, badannya telah diselimuti seseorang. Mungkin Atuk yang selimutkannya. Kami kata: Abang yang jaga Atuk, atau Atuk yang jaga abang? Keesokan harinya, petang Khamis malam Jumaat selepas solat Maghrib, dan setelah selesai membaca doa, Atuk menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Encik Suami di hospital LD. Innalillahiwainnailaihiraaajiuunn! 
 
Moga arwah MIL & FIL tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

11 ulasan:

  1. Tetiba teringat pokok belimbing kat sebelah rumah mak,tp kini dah takde..dah kena tebang..paling suka time tu makan belimbing cicah gula garam..tp belimbing yg belum masak masih kelat2 lagi.

    BalasPadam
  2. antara buah yang saya suka ...

    potong macam bintang dan cecah dengan kicap masin..

    layan sangat dalam musim Covid-19 nie

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah untuk yang sudah tiada...

    Cikgu,
    Emak saya pernah ambil belimbing besi ni yang masih hijau, dipotong tepinya & hiris memanjang ikut segi buah tu. Dimasak kari bersama sotong cumi-cumi. Sedap cikgu...

    BalasPadam
  4. Ya Amie belimbing kalau dah matang kena bungkus ,kalau tak memang akan rosak.Sedapnya kalau ada belimbing madu boleh buat jus,minum dlm cuaca panas ni ..sedap.

    BalasPadam
  5. Bilimbing ni kalau tak bungkus memang tak boleh makan.
    Belimbing wak kat kebun pun dah tak sempat nak bungkus.

    BalasPadam
  6. Saya suka makan ni cicah garam skit.. Sedapnya.. Tpi tu la susah nak jumpa org jual sekarangni

    BalasPadam
  7. Lama sungguh tak makan buah belimbing. dulu rumah mak sedara ada tanam kat kampung, lepas dia pindah, pokok tu pun tak berbuah dah. kalau tak, boleh makan. nak membeli jarang nampak.
    Suka makan yang besar dan manis. Bila lebat macam tu lah, tak terjaga tak termakan jatuh ke bawah.

    BalasPadam
  8. sama kat sini sampai berlambak2 buah jatuh.. kat sini kalau tak wrap buah tu memang tak leh makan lah ,, kena makan dek ulat dulu huu..

    BalasPadam
  9. lamanya tak p makan belimbing.! mcm nak pergi cari org jual buah plak skrg

    BalasPadam
  10. kenangan mmg tk dapat dilupa...masih berjasa pokok yg ditanam..

    BalasPadam