Pages

Rabu, 11 November 2020

Salam Sewangi & Seindah Bunga Akar Dani

Selamat pagi semua. Selamat bertugas dari rumah. Asyik memerap dalam rumah lama-lama jadi terpengap pula. Marilah buka pintu, buka tingkap dan sedut udara segar di pagi hari. Waktu Subuh di LD pada hari ini ialah pada pukul 4:34 pagi. Sekarang sudah pukul 7:50 pagi, dan sebentar lagi tepat pukul 8 pagi  akan bermula rutin BDR (Bekerja Dari Rumah) atau dengan kata lainnya WFH (Work From Home).

Sempat tangkap gambar bunga akar dani di pagar. Matahari sudah memancar terang, dan terasa kehangatannya memberikan bekalan Vitamin D untuk sesiapa yang rajin menjengah ke luar rumah.

Dengar ceritanya pokok akar dani menjadi buruan penternak kelulut. Ini disebabkan bunga akar dani yang lebat berjambak-jambak menjadi sumber makanan kelulut. Bunga akar dani memang nampak cantik dengan bentuknya yang tiub. Warnanya juga sangat menarik dan ditambah pula dengan aromanya yang harum lembut semerbak di waktu malam dan pagi.

Pokok akar dani sangat sesuai dijadikan hiasan laman. Ia berbunga sepanjang tahun. Nampaknya pokok akar dani bukan sahaja boleh tumbuh subur di negara kita, tetapi juga banyak terdapat di Filipina, India, Thailand, Burma dan Vietnam.

Subhanallah! Segala puji-pujian hanya bagi Allah Yang Maha Pencipta segala makhluk-Nya.

Wokey! Tutup pagar dan jumpa lagi. Selamat berBDR @ WFH! Niatkan segala kerja kerana Allah. In shaa Allah akan beroleh keberkatan. Aamiin.

13 ulasan:

  1. Cuci mata tengok bunga dan pokok-pokok hijau. Tengok juga awan putih di langit biru. Cari ini cuaca cerah.

    BalasPadam
  2. Ini kali pertama saya tahu mengenai bunga akar dani. Cantik juga bunganya.

    BalasPadam
  3. Baru saya tahu nama pokok ni pokok bunga akar dani. Meriah bunganya elok sihat bunga dan daun tu kak amie.

    BalasPadam
  4. Buka Pintu, buka tingkap hidup udara segar tapi still rasa terpenjara kan :( 2020 berlalu dgn penuh penjara hahahah

    BalasPadam
  5. Cantiknya bunga akar dani dan design pagar Amie tu..hehe

    Rutin saya pagi2 lepas Subuh terus bukak sliding door, kasi udara nyaman masuk :)

    BalasPadam
  6. Cantiknya halaman rumah Amie... teringat pulak kita kenangan berkunjung ke LD

    BalasPadam
  7. Selalu dengar nama je, ni baru tengok rupa akar dani tu

    BalasPadam
  8. Pertama kali dengar nama pokok akar dani. Cantik! Cuci mata sekejap di sini!

    BalasPadam
  9. subhanallah...cantik sangat kejadiannya...

    BalasPadam
  10. Sebelah malam lagi semerbak ni dan waktu subuh.

    BalasPadam
  11. Subhanallah. Terapi minda ni dapat tengok bunga-bunga dan pepohon hijau. Selalu dengar nama, ini baru pertama kali tengok akar dani.

    BalasPadam